Ruangan ini adalah sekadar catatan harian penulis. lebih tepat lagi...ianya adalah diari penulis, anda tidak digalakkan membaca blog ini. penulis menyediakannya kerana malas nak beli diari, itu je.

Saturday, July 3, 2010

3 Jun 2010

Tenghari:
Mawardi telefon ajak jumpa kat Bidor. bertolak dari rumah dengan exora, singgah di Petronas Slim River isi angin, jumpa Sufiah Adnan MRSM Trolak. lepas tu bertolak ke Bidor. Singgah di Petronas Sungkai isi minyak RM30.00. Mawardi dan Khairil Faisal tunggu depan Esso. dia kata tak ada kedai makan kat Bidor. kami bercadang ke Tapah. aku terus ke Tapah makan kat tepi masjid Tapah. aku belanja RM29.00.

3.00 petang:
balik dari Tapah,
singgah di Masjid Sungkai solat zuhur.


beli durian RM15.00 3 biji.

6.00 petang:
keluar ke Kandang, pak ali keluar ambil buah. Bini muda Pak Ali ada dikandang. pukul 6.50 petang balik ke Slim River singgah di Pasaraya Sakan beli baju untuk kakak dan adik.







7.30 malam:
terus ke masjid Slim River solat maghrib, ada kuliah dari Ustaz dari Ampang Pecah, Kuala Kubu, Selangor. balik kerumah mkan nasi.


8.30 malam:
keluar ke Masjid Slim, solat Isyak. selepas solat Isyak telefon Yaakob. dia ada di Balun tempat funfair dengan anaknya. ajak dia ke kedai Aloha minum di sana. sembang dengan Yaakob di sana sampai 10.30 kemudian balik kerumah. tengok bola German lawan Argentina. German bubuh 3 - 0.

No comments:

Post a Comment