Ruangan ini adalah sekadar catatan harian penulis. lebih tepat lagi...ianya adalah diari penulis, anda tidak digalakkan membaca blog ini. penulis menyediakannya kerana malas nak beli diari, itu je.

Tuesday, July 6, 2010

6 Jul 2010

1.00 tengahari:
bertolak ke Bangi, janji nak jumpa Dr Razaligh. singgah di Petronas Slim isi Minyak RM50.00. masuk tol T.Malim melalui jalan Duta RM9.50. exit Tol Bangi RM2.70.


gambar-gambar sekitar perjalanan dari Tanjong Malim Ke Tol Jalan Duta


2.30 petang:
sampai di Bangi, singgah di rumah sewa faiz tengok motor kat sana. dah berabuk tapi start ok je.

pintu masuk UKM


motor ni dah berbulan2 tinggal kat sini


2.45 petang:
masuk UKM, singgah di Kantin makan mee hoon bakso dan Teh O Ais, RM4.00.

3.00 Petang:
Naik ke tingkat 2 dengan lift jumpa dengan Bekas Timbalan Mufti Perlis, Ust.Yazid. bersembang sekejap lepas tu minta fail biru di PSS. kemudian naik ke tingkat 4 jumpa Dr Razaligh dan buat bimbingan.

4.20 Petang:
selesai bimbingan, keluar bilik Dr Razaligh jumpa Dr Ghafar Don. sempat bertanya khabar sekejap kemudian meneruskan perjalanan untuk balik.

4.30 Petang:
Keluar dari UKM, masuk tol Bangi. singgah solat di R&R Rawang.

pintu keluar UKM



6.45 Petang:
sampai di rumah. bersiap-siap pula untuk ke Masjid Behrang 2020 untuk kuliah maghrib.

7.15 malam:
bertolak ke Masjid Behrang

kuliah bulanan di Masjid Behrang 2020


7.35 malam:
sampai di Masjid, selepas solat maghrib, kuliah maghrib, tajuk "Keindahan Islam Pemberian Ilahi".

9.00 malam:
Selesai kuliah maghrib, kemudian terus melaksanakann solat isyak. habis solat bersembang sekejap dengan yusof dekat parking kereta.

No comments:

Post a Comment