Ruangan ini adalah sekadar catatan harian penulis. lebih tepat lagi...ianya adalah diari penulis, anda tidak digalakkan membaca blog ini. penulis menyediakannya kerana malas nak beli diari, itu je.

Wednesday, January 13, 2010

13 jan 2010

5.00 pagi:
bersiap-siap untuk ke bangi dengan menaiki train.

5.40 pagi:
Ani hantar dengan kancil ke stesen Slim River, tepat 5.56 pagi train sampai dan aku naik. sampai di Kajang tepat jam 8.10 pagi

8.15 pagi:
beli tiket komuter ke Bangi (UKM) 50 sen, dan sampai di Bangi lebih kurang jam 8.25 pagi. naik teksi kerumah seri di seksyen 3 3/74. RM8.40 sen. ambik motor balik. singgah di kedai nasi (sup keting) seksyen 1 dan bungkus nasi belauk. isi minyak motor RM5.00 terus ke KIAM.

11.00 pagi:
ke FPI untuk kuliah dgn Dr.Ismail bakar.

1.30 tghari:
balik letak motor dan keluar dengan arasz ke Singgalang restoren di seksyen 5, RM24.00.

7.18 malam:
ke surau an-nur, solat maghrib dan ada kuliah hadits dari us. Farid Ravi larangan berfikir tentang zat Allah beliau mengulas tentang kisah Bani Israel, kisah Imam Ahmad menjawab pertanyaan ethies terhadap gurunya, kisah nabi Ibrahim dan namrud, tentang ayat hujjah nabi Ibrahim. dan yang terakhir tentang penggunaan kalimah Allah.

No comments:

Post a Comment