Ruangan ini adalah sekadar catatan harian penulis. lebih tepat lagi...ianya adalah diari penulis, anda tidak digalakkan membaca blog ini. penulis menyediakannya kerana malas nak beli diari, itu je.

Tuesday, January 5, 2010

6 jan 2010

5.00 pagi:
bangun dan mandi, bersiap-siap untuk bertolak ke Bangi. mulanya nak naik keretapi, tapi mikir bawak barang banyak, tukar planing naik BFS 131.

5.30 pagi:
bertolak dari rumah, singgah di petrol pump slim, isi minyak RM50.00, masuk tol Behrang, melalui jalan Duta. sampai di Bangi jam 6.45 pagi. lepas bawak naik barang ke bilik pergi rumah seri ambik motor dan tinggalkan sugho kat bibit. cermin motor tercabut dan minyak pun tinggal tak berapa banyak. balik ke KIAM makan roti sandwich dan buka internet sekejap.

8.50 pagi:
mata dah tak tahan ngantuk sangat, tidur duluuuu..

9.30 pagi:
ani call tanya macamana nak tengok gambar keri kat dalam laptop toshiba. lepas tu dah tak boleh tidur, bersiap-siap mandi kemudian turun untuk ke FPI.

10.50 pagi:
bertolak dari KIAM ke FPI, sampai disana jam 10.55 pagi. terus masuk kelas. rupanya kelas hari ini ialah jam 12.00 tengahari kerana Prof Madya Dr Ismail Bakar ada seminar di ILIM "wakaf dan harta pusaka".

12.00 tengahari:
Prof Madya Dr Ismail Bakar masuk dan lecturer.

2.00 petang:
kuliah selesai, pergi ke bilik Prof Madya Dr Ismail Bakar untuk beli buku. lepas tu terus balik ke KIAM dan makan. buka internet sekejap kemudian tidur.

5.45 ptg:
bangkit dari tidur, solat asar. buka internet sekejap dan kemudian mandi untuk ke surau an-nur.

7.19 malam:
solat maghrib di Surau An-Nur dan mendengar kuliah maghrib tentang hijrah oleh al-fadhil Ustaz Long Kecik, ceramah beliau banyak memberi kesedaran tentang kepentingan dakwah dan usaha dakwah yang dilakukan oleh rasulullah saw.

9.30 malam:
lepas solat isyak, balik dan turun ke kedai makan dekat rumah seri beli nasi goreng biasa bungkus, makan kat bilik. habis makan Azhan datang bincang pasal tudung.

No comments:

Post a Comment