Ruangan ini adalah sekadar catatan harian penulis. lebih tepat lagi...ianya adalah diari penulis, anda tidak digalakkan membaca blog ini. penulis menyediakannya kerana malas nak beli diari, itu je.

Monday, January 4, 2010

4 jan 2010

hari ini merupakan hari pertama persekolahan bagi kedua anak-anakku, (Syahmi - tahun 3 dan Syazwi - tahun 1), agak excited juga la mereka terutama wi kerana dah lebih 5 tahun wi bersekolah dari taska 2 tahun, tadika 2 tahun hinggalah ke pra sekolah, pun dah dua tahun. dah banyak kali juga la wi terima sijil graduation.
Akhirnya hari ini wi dapat juga memulakan persekolahan di tahun satu. ma dan abah jugak la yang dah kantoi, dah la baru balik bercuti dari kampung (beribu-ribu jugak la habis, sebab masa balik lebih lama dari orang lain (adik beradik la). tambah pula bayar pembaharuan visa/permit bibit, tambah pakaian sekolah mereka berdua. yuran sekolah, di tambah lagi dengan yuran sekolah agama...fuhhh, jenuh nak mengira la.

10.00 pagi:
ke Politeknik, keluar duit di ATM Bank Islam RM 300.00, (kira kikis la tu) lepas tu lepak kat JPA sekejap sambil tengok surat-surat hutang yang dah bertimbun. maxis, kad Bank Islam, Celcom, dengan city bank yang dah satle bertahun pun sampai juga mintak balance dalam RM23.00 lagi, dari mana tak tahu la datangnya balance, dulu dah satle semua dah, sebab tu boleh tamatkan penggunaan kad tu.

11.30 pagi:
balik ke Slim River, ingat nak singgah kat kandang, ntah la. tak jadi la pulak. terus balik dan lepak di rumah sambil tengok tv.

12.10 tghari:
Hayat datang kerumah ambil PC, printer dan laptop untuk servis. (terlupa nak bagi charger laptop.

1.50 tghari:
budak-budak balik, siap-siap untuk makan tengahari, solat, rileks sekejap

2.45 ptg:
ke sekolah agama dekat Family Mart depan stesen keretapi Slim River, pendaftaran dua-dua anak, Syazwi RM128.20 untuk bayaran buku teks dan buku tulis termasuk sekali pendaftaran, sementara Syahmi RM133.80.

4.00 ptg:
balik dari pendaftaran, singgah pula di ATM AGRO bank, kikis lagi RM300.00

7.20 malam:
kemasjid Slim, Kuliah maghrib oleh Us. Zawawi Ismail, UM.

No comments:

Post a Comment