Ruangan ini adalah sekadar catatan harian penulis. lebih tepat lagi...ianya adalah diari penulis, anda tidak digalakkan membaca blog ini. penulis menyediakannya kerana malas nak beli diari, itu je.

Tuesday, January 5, 2010

5 jan 2010

pagi: anak-anak kesekolah, telefon Hayat untuk repair computer dia kata jam 10.00 baru buka CC. aku sambung tidur je la.

10.15 pagi:
start kereta honda dan drive ke Politeknik. sampai di CC kebetulan Hayat dah sampai. dia repair computer, aku buka blog dan update blog. Izat datang minta Hayat repair komputer dia kat rumah.

1.15 tghari:
Ani call minta hantar anak ke sekolah agama, dia ada mesyuarat di sekolah. selepas makan tengahari ajar syahmi tentang rukun Iman dan huraiannya.

2.40 ptg:
selepas solat zuhur hantar abe dan wi yang telah bersiap dari tadi. bawak kakak syamimi sekali. sampai di sana ustazah kata kelas belum mula lagi, minggu depan atau hari jumaat baru mula kelas. balik semula...singgah di Family Mart ingat nak beli remote control astro tapi takde, beli roti dan jem kacang, balik.

8.00 malam:
keluar dengan ani dan kakak ke Shah Alam, jumpa makcik je sekeluarga hantar amir (anaknya) depan UITM. sembang-sembang depan Plaza Perabot Shah Alam, sebelumnya terlepas ke syeksen 17, singgah di Pasar Malam beli goreng cempedak dan air jagung.

11.15 malam:
minta diri untuk balik, sebab besok pagi-pagi dah nak bertolak ke Bangi. sampai di Slim River lebih kurang jam 112.25 tengah malam. makan sugho mek kirim dari kelantan kat makcik je. eemmm lazattt.

No comments:

Post a Comment