Ruangan ini adalah sekadar catatan harian penulis. lebih tepat lagi...ianya adalah diari penulis, anda tidak digalakkan membaca blog ini. penulis menyediakannya kerana malas nak beli diari, itu je.

Wednesday, April 14, 2010

14 apr 2010

5.40 pagi:
bangun gosok baju sekolah anak, masak air kemudian kejutkan mereka untuk mandi kesekolah. lepas solat subuh siap2 untuk hantar mereka ke sekolah

7.15 pagi:
hantar abe dan wi ke sekolah, tinggal kakak seorang kat rumah. balik kemas2 rumah, jemur kain baju dan kemudian masak.

12.00 tengahari:
ambil anak2 dari sekolah. jumpa en.jaafar bersembang sebentar. lepas hantar abe dan wi, bersiap2 pulak hantar pakaian dekat ma di hospital, pergi dengan wi. balik dari hospital, hantar abe pulak ke sekolah ada ko-ku. pergi ke pekan slim dulu beli buku log.

5.30 petang:
ambil abe di sekolah, pergi dengan kakak. lepas hantar abe dan kakak di rumah pergi pulak ke hospital. adik dah pindah ke katil hadapan. 6.40 balik.

No comments:

Post a Comment