Ruangan ini adalah sekadar catatan harian penulis. lebih tepat lagi...ianya adalah diari penulis, anda tidak digalakkan membaca blog ini. penulis menyediakannya kerana malas nak beli diari, itu je.

Friday, April 9, 2010

9 Apr 2010


7.30 pagi:
keluar dari KIAM, makan nasi belauk kedai seksyen 1. habis makan isi minyak di petronas RM50.00 kemudian masuk tol bangi untuk ke Kedutaan Indonesia jalan Tun Razak. parking sebelah kedutaan RM4.00, jumpa pengawal tanya tentang chop alamat majikan pada pasport maid, dia kata kena balik ke Indon dulu baru dapatkan visa baru boleh chop. lepas tu aku terus balik ke Slim River. melalui jalan Kucing - segambut - keluar jalan duta.

10.30 pagi:
sampai di Politeknik, singgah di cafe minum dengan amin, chelah JP, Hise. lepas tu en.Hanafi datang, kemudian datang pula megat, zul, jibam dan budak praktikal di unit ICT. habis minum balik

11.15 pagi:
sampai di rumah slim. buat khutbah sikit untuk dibaca di pusat Islam Politeknik hari ini.

12.56 tengahari:
bertolak ke Politeknik, sampai sana jam 1.05 minit. masih belum ada orang. aku berehat kat bilik pentadbiran. lepas azan keluar solat sunat kemudian terus naik mimbar untuk khutbah. tajuk khutbah tentang "perancangan jahat musuh terhadap Islam".

2.15 ptg:
balik. singgah di JPA ambil surat, dapat hadiah cabutan bertuah (Pemenang RM100.00 untuk minggu ke 3) PETRONAS. “Experience the Power. Enjoy the Savings Winners’ List”

3.00 ptg:
daftar air asia, booking ticket flight air asia. untuk bibit balik Medan RM167.00.

No comments:

Post a Comment