Ruangan ini adalah sekadar catatan harian penulis. lebih tepat lagi...ianya adalah diari penulis, anda tidak digalakkan membaca blog ini. penulis menyediakannya kerana malas nak beli diari, itu je.

Thursday, April 8, 2010

8 apr 2010

8.00 pagi:
bertolak dari rumah di Slim ke Bangi dengan BFS131, singgah di Petronas Slim isi Minyak RM50.00. dalam perjalanan call imigresen tanya status permohonan, dia kata dah diluluskan. singgah di post office tanjong Malim, ingat nak beli bank draff, tapi masih tutup. teruskan perjalanan melalui ulu bernam, masuk tol T.Malim. bawak kereta slow saje. sampai di Kajang jam 9.30 pagi

9.30 pagi:
ke Pejabat Pos BB.Bangi, dia kata Bank Deraf hanya di bank sahaja. aku pun ke MayBank belakang, beli bank deraf RM435.00. habis tu aku terus berangkat ke seksyen 3, binding assighment. tuan kedai bagi nametag aku yang hilang kat kedainya. kemuidan ke UKM, parking depan P.Islam. jumpa Dr.Ghafar kat pejabat serah assighment dan proposal. jumpa juga Dr.Nurelden serah tugasan khutbah dan dia bagi soalan untuk perbincangan petang ini.

11.00 pagi:
masuk kelas ideologi modern (Dr.Ghafar) untuk yang terakhirnya. ada 3 pembentangan yang di siapkan hari ni.habis kelas aku segera ke Putrajaya.

12.40 tengahari:
makan kat depan Institut Perguruan Islam bangi. RM8.70. lepas tu terus ke Imigresen Putrajaya. di sana sekejap saja, tapi dia kata kena ke kedutaan Indonesia untuk print alamat majikan di pasport maid.

2.15 ptg:
bertolak dari putrajaya ke Jalan Tun Razak untuk buat catatan alamat majikan tapi borang pulak habis, terpaksalah balik. tersesat pulak sampai ke Putrajaya. Berhenti minum sekali lagi di kedai makan dekat IPG, kena bubur kacang dan air syrup. kemudian singgah solat di Masjid IPG Bangi.

4.20 ptg:
terus ke fakulti, berehat dekat bilik singgahan ilmu, buka internet sekejap.

5.00 ptg:
masuk kelas. perbincangan soalan.

7.00 ptg:
balik Ke KIAM.

No comments:

Post a Comment