Ruangan ini adalah sekadar catatan harian penulis. lebih tepat lagi...ianya adalah diari penulis, anda tidak digalakkan membaca blog ini. penulis menyediakannya kerana malas nak beli diari, itu je.

Friday, April 23, 2010

20 april 2010

5.35 pagi:
bertolak ke stesen keretapi slim. sembahyang suboh di stesen. tunggu sampai 6.10 minit pengawal stesen kata keretapi lambat kerana ada masalah di stesen Batu Gajah. Sekitar jam 7.00 pagi baru tiba. aku call ani minta datang ambil

6.45 pagi:
pergi ke stesen, setelah puas menunggu, tanya pengawal stesen, dia kata keretapi dah berlepas dalam jam 6.40 pagi. aikkk! pelik...tadi dia kata dok di batu Gajah, padahal kalau takde kerosakan pun tak mungkin tiba dalam masa 30 minit ke slim dari Batu Gajah. memang hampehh betul pengawal stesen ni. aku dah beli ticket pergi balik. rugi...rugi..rugi. call ani minta datang ambil, terpaksa pergi ke UKM dengan kereta sendiri.

7.30 pagi:
bertolak ke UKM melalui Batang Kali. jalan boleh tahan jugak la.. singgah di petrol pum Petronas dekat rumah Aisyah.

10.00 pagi:
sampai di KIAM. call rusdi dan Arasz, Badrul ada di bilik. study dengan ust Rushdi sekejap, lepas tu tidor..tak tahan mengantuk sangat.

6.00 petang:
keluar ke Pasar Malam dengan Rushdi, beli nasi kerabu, rushdi belanja. lepas tu makan bakso aku belanja.

No comments:

Post a Comment