Ruangan ini adalah sekadar catatan harian penulis. lebih tepat lagi...ianya adalah diari penulis, anda tidak digalakkan membaca blog ini. penulis menyediakannya kerana malas nak beli diari, itu je.

Sunday, August 29, 2010

29 Ogos 2010

pagi: kuliah subuh oleh ust roslan dari Bentong.

tengahari: ke Ipoh dengan Honda, isi minyak di sungkai RM50.00 melalui Tapah tol keluar Simpang Pulai, ambil barang kat Latina. kemudian ke Tesco Extra, kemudian ke Tesco dekat Jusco beli Kamera
RM1845.00 8 GB memory card, lepas tu beli pakaian anak kat situ.
sampai rumah jam 6.45 petang

malam: tazkiirah oleh Dr Jamnul Mulkan azhar. katok amno habis-habisan.

28 Ogos 2010

ceramah selepas terawih oleh ustaz roslan timbalan kadi Bentong, tentang nuzul al-quran. huraian ayat

شهر رمضان الذي انزل فيه القران هدى للناس وبينات من الهدى والفرقان فمن شهد منكم الشهر فليصمه ومن كان مريضا او على سفر فعدة من ايام اخر يريد الله بكم اليسر ولا يريد بكم العسر ولتكملوا العدة ولتكبروا الله على ما هداكم ولعلكم تشكرون


sejauh mana umat islam mengambil pedoman dan petunjuk dari al-qur'an. berapa ramai dari orang yang membaca al-qur'an tetapi al-qur'an melaknatinya.

Friday, August 27, 2010

27 Ogos 2010

hari ni tak sahur, sedar dah jam 7 pagi.
hantar syahmi dan syazwi ke sekolah tuisyen, jumpa kumi.
khutbah jumaat di Politeknik. tentang nuzul qur'an.
petang keluar ke kebun bawa sira pisang dan gulai nangka bagi kat pak ali. lepas tu ke sg behrang kerumah pakcik ayam tapi ayam tak ade. lepas tu singgah beli air tebu kat simpang sg behrang. balik singgah di bazar ramadhan di slim river beli air soya, martabat dan tembikai

26 Ogos 2010

malam, tazkirah di Proton City, ditengah2 solat tarawih. jumpa andy disana, tazkirah dalam setengah jam. isi tazkirah ttg ramadhan umpama hasil ladang.

25 Ogos 2010

ke Politeknik, sebelumnya hantar anak ke sekolah ani. kemudian ke politeknik, sampai disana dengar2 cerita dari fazlina, salmiza tentang validasi. zohor solat di makmal 4, ready untuk di validate. lepas cerapan turun ke jpa sekejap, kemudiann naik balik untuk di validasi. soalan lebih kepada enovasi dan aktiviti pelajar

24 Ogos 2010

syidah telefon kata dia ada kat JPA, aku kemudian ke JPA kumpul bahan Pasak dengan Syidah untuk aktiviti pelajar. lepas solat zuhur bersembang dengan en.zainuddin (validator) dari KPT. dia terangkan pasal apa yang perlu dilakukan untuk validasi. lepas tu balik semula ke JPA jumpa syidah suruh dia cari bahan untuk aktiviti pelajar.

petang: balik, singgah kat kebun pak ali tapi dia tak ada.

23 Ogos 2010

ke Politeknik, cari dokumen tilawah. Gan kata aku kena vlidasi pada hari rabu, petang. lepas solat zuhur berjemaah di pusat islam balik.

Thursday, August 19, 2010

20 Ogos 2010

hantar sijil Diploma dan Ijazah ke PSAS. jumpa en.Suhaimi

19 Ogos 2010

ke Kepong hantar kereta exora untuk repair. balik dengan komuter, azuan hantar di stesen kepong, naik komuter bersembang dengan anuar dari (salesman exora) kelan tentang politik.
ani, wi dan adik datang ambik di t.malim, singgah di TF beli barang.
malam tadarrus di masjid slim.

18 Ogos 2010

Ke UKM, ambil surat pengesahan dari jabatan, ambil sijil anugerah dekan dan ke library dengan arasz, sembang2 dengan safwan dan roska.
balik singgah rumah seri dan berbuka puasa dengan husin, ustaz bek 'oh dan arab afghanistan.
lepas maghrib balik ke slim river. singgah solat di masjid kelan.

17 Ogos 2010

Tazkirah Ramadhan di Pusat Islam "hubungan puasa dengan ramadhan".

13 Ogos 2010

perjumpaan dengan pengarah tetang validasi

Thursday, August 12, 2010

12 Ogos 2010

petang: bawa anak2 jalan2 pusing sampai politeknik kemudian singgah di family mart beli quacker oat, roti, maggi dan kokodinata.

solat tarawih dan ada kuliah selepas tarawih oleh ust asuad, sambil2 baca qur'an sorang2.

balik rumah gas habis, telefon en.yazid poli tanya tentang gas. keluar ke poli dgn abe dan wi beli gas dgn en.Ya.

11 Ogos 2010

puasa hari pertama, buat tesis slow2.

malam solat tarawih dan tadarrus.

10 Ogos 2010

tak tau buat apa.

malam maghrib, ke masjid slim river solat maghrib kemudian baca qur'an dengan mat deris takbir sambil tunggu isyak. lepas isyak solat tarawih imam tahfiz 2 orang. lepas tarawih sambung tadarrus al-qur'an dengan abg megat, abg Lah dan Pak deris. sampai juzuk ke dua.

9 Ogos 2010

petang, kekandang pak ali.

Saturday, August 7, 2010

8 Ogos 2010

pagi: Pak Ali telefon minta sembelih lembu.
8.00 : bertolak ke UPSI, sembelih lembu di sana, nuar bagi daging lebih kurang sekilo. balik sekali dengan pak ali, lan dan anaknya

singgah kat pasar slim river.


petang: keluar satu keluarga ke SKSR, ambil lengkuas. kemudian ke Pekan Slim sekejap seterusnya ke Sungkai beli durian RM20.00 6 biji. maghrib, sampai di rumah.

7 Ogos 2010

ke kandang Pak Ali, belah pagi dia tak ada, lepas tu ke Behrang Stesen jalan2 kat pasar Behrang.

tengahari: ke Sg Bill, makan dan mandi dengan anak2 di sana.

petang sekali lagi ke kandang. sembang2 dengan Pak Ali. lepas tu keluar ke Tanjong Malim Pasar Malam, beli makanan.

6 Ogos 2010

khutbah di Pusat Islam, "amalan menyambut ramadhan"

ke Kepong, bawa kereta ke Pusat repair Proton. melalui highway ke Sg.Buloh. balik melalui selayang, rawang.

5 Ogos 2010

dok dirumah je.