Ruangan ini adalah sekadar catatan harian penulis. lebih tepat lagi...ianya adalah diari penulis, anda tidak digalakkan membaca blog ini. penulis menyediakannya kerana malas nak beli diari, itu je.

Wednesday, March 31, 2010

1 April 2010

9.30 pagi:
ke kedai nasi belauk seksyen 1, makan nasi lauk ayam goreng dan hati, teh tarik dan ais kosong. RM5.00.

10.00 pagi:
ke FPI, tergerak hati nak ke tingkat bawah, terlihat banner tentang FORUM PERDANA JALSAH ILMIYAH QUR'ANIYAH, Jati Diri Muslim dalam Berdakwah antara Realiti dan Harapan Bilik Senat Canselori,UKM. Masuk kedalam bilik senat bersama Prof Zakaria Idris. ahli panel Dr.Azwira UKM, Dr Roslan UPM dan Ust Wan Sohor Bani Leman UIA, sementara moderator ialah ustaz Fadhlan Jabatan Qur'an Sunnah, UKM.




gambar-gambar sekitar program


11.35 pagi: keluar bilik senat sebab ada kuliah dengan Dr Ghafar Don. beli buku :

Tulisan Dr Azwira Bin Abdul Aziz, RM 5.00


Tulisan Dr.Ahmad Najib Bin Abdullah Al-Qari, RM10.00


11.40 pagi:
masuk kelas BSS2, pembentangan oleh Rusdi dan Helmi tentang Sister In Islam, dan kumpulan Muslimah tentang Gerakan Feminisme.

1.30 tghari:
ambil jadual Exam. kemudian balik ke KIAM, beli air kotak, air mineral dan kacang di Petronas. kemudian beli goreng pisang dan cucur udang RM2.00

31 mac 2010

8.55 pagi:
bertolak dari rumah ke Bangi, hari ni kelas takde tapi nak ke Imigresen uruskan visa bibit. isi petrol kat Petronas Pump Slim River. RM50.00.

9.25 pagi:
masuk highway Behrang, exit tol jalan duta. jalan agak jem hari ni.

10.00 pagi:
terperangkap dalam jem depan Istana Negara.

10.30 pagi:
sampai kedai nasi belauk seksyen 3. tunggu Ija, Kak Muna dan Azmi.

10.45 pagi:
dorang sampai. aku belanja

12.45 tengahari:
baru keluar dari kedai Berlauk. ingat nak balik, bawak kereta menuju tol kajang, sampai dekat tol kajang baru teringat dalam kereta ada tudung yang nak bagi kat Azhan. patah balik dan lepak di KIAM.

Tuesday, March 30, 2010

30 mac 2010

10.00 pagi:
keluar ke Politeknik, jumpa Irfan bagi duit upah repair kereta RM100.00. lepas tu ke Cyber Cafe Khalil print dokumen untuk ambil bibit, dan photostat. hayat kata tak payah bayar. lepas tu jumpa Lia kat Admin ambil surat pengesahan majikan untuk lampiran ambil pembantu rumah. ambil slip gaji dekat box pigeon holl JPA. dapat surat penghargaan kecemerlangan dari dato' KP 2008.

12.10 tengahari:
ke Tanjong Malim, AMB Bank bayar kereta kancil, bayar melalui ATM RM225.00

1.15 tengahari:
balik ke Slim River.

7.10 malam:
keluar ke Masjid Behrang 2020, ada ceramah agama di masjid malam ini. tajuk bebas. jadi aku cakap bebas je la. tapi motif utama tetap amar maaruf nahi mungkar.

9.30 malam:
balik ke rumah.

Sunday, March 28, 2010

28 mac 2010

hari ini air tak ade seluruh daerah Slim River, petang Lembaga Air Perak Datang dengan air dalam tangki.

Saturday, March 27, 2010

27 mac 2010

8.00 pagi:
basuh kereta honda. lepas cuci kereta masuk dapur masak roti.

9.20 pagi:
keluar ke Tanjong Malim untuk menaiki komuter ke UKM dalam rangka ke rumah Arasz Serkam Melaka. kenduri kawin adik perempuan dia.

9.45 pagi:
sampai di Stesen Komuter, parking kereta tepi stesen, beli ticket RM8.90.

9.50 pagi:
komuter bertolak ke Rawang, ramai penumpang kali ini. selalu bila sampai di Rawang ada lagi tempat kosong, tapi hari ni ada yang kena berdiri, tapi nasib baik aku dapat seat. sampai di UKM lebih kurang jam 12.10 tghari.

12.20 tghari:
ust. Shuhaimi sampai bersama anaknya dengan kereta KIA Spectra. bertolak ke Senawang ambil Che Musa di Tol Senawang. kemudian terus ke Melaka, exit Air Keroh ambil jalan ke Serkam. sampai di Serkam lebih kurang 2.15 ptg

2.20 ptg:
makan nasi di rumah Arasz, bertemu dengan Naguib (adik Arasz) dan Suhaili di tempat kenduri.solat zuhur dan asar secara jamak dirumah arasz.

3.30 ptg:
bertolak balik, hantar che Musa dulu di Tol Senawang kemudian terus ke Bangi.

5.10 ptg:
sampai di stesen komuter bangi. aku beli tikcet UKM - T.Malim, dan menunggu ketibaan komuter.

5.25 ptg:
komuter sampai, sampai di Sg.Buloh, komuter tukar. terpaksa turun untuk menaiki komuter ke laluan Rawang. sekali lagi terpaksa menunggu lebih kurang 20 minit, baru komuter sampai dan bergerak menuju Rawang.

7.00 malam:
sampai di Rawang. st Shuhaimi telefon, kata anak kunci kereta tertinggal kat dalam kereta dia. adoiii!!! terpaksa telefon Ani untuk datang ambil kat T,Malim dengan kancil, minta bawak kunci spare honda.

7.20 malam:
baru bertolak dari Rawang. sampai di T.malim lebih kurang 7.50 malam. bateri remote pulak habis, tak leh buka pintu kereta honda. round2 kedai lepas tu ke pekan t.malim singgah di kedai jam tukar bateri remote (RM12.00). al-hamdulillah berjaya. lepas tu terus balik ke Slim River. singgah solat di Masjid Kelan. kemudian singgah beli sate RM15.00

hari ni perjalanan melibatkan 5 buah negeri, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Melaka

Friday, March 26, 2010

topik tamadun Islam untuk exam

1. Teori dan Konsep
a. Sejarah dan Pensejarahan
b. Metodologi dan Perbezaan

2. Falsafah Sejarah Islam
a. Teori dan Konsep
b. Falsafah sejarah Al-Farabi dan Ibnu Khaldun (perbezaan antara keduanya)

26 mac 2010

8.20 pagi:
ke syeksen 3, jumpa arasz disana. minum teh tarik dan makan nasi goreng yang beli di kg.Baru semalam. kongsi dengan arasz. selepas itu singgah rumah kak nor ambil keropok yang mak kirim dari kelantan.

9.00 pagi:
Masuk kelas, pembentangan telah dimulakan oleh Shadiq Ozata (Turki), sebagai pembentang pertama. pembentangan kedua oleh ustaz khaidir dan uztaz arasz (one Malaysia) dan pembentangan terakhir aku dan ust.suhaimi samad (kepimpinan ulama dalam PAS). habis jam 11.00 pagi terus bertolak balik ke Tanjong Malim, melalui highway plus, exit Tanjong Malim, singgah di Bank Islam ambil duit RM1500.00, bayar kad kredit RM400.00, kemudian bayar Exora di Public Bank RM800.60. balik ikut ketoyong, kemudian singgah di TF Value Mart, beli pampers 4 bag RM83.00.

12.56 tghari
Seterusnya singgah di Pusat Islam jam untuk solat jumaat. Amin baca khutbah.

2.15 ptg:
singgah di JPA ambik surat2, kemudian balik. sampai dirumah syahmi dan syazwi dah bersiap untuk ke sekolah agama. aku hantar.

5.30 ptg:
ambik abe dan wi di sekolah agama. arisen datang ambik duit rumah.

Wednesday, March 24, 2010

25 mac 2010

hantar anak sekolah dgn exora. beli roti canai di Kurnia.

bayar bil:
mak, TNB, Maxis dan Celcom
Date
Time Transaction
Details Effective date From Account
To Account Amount (RM) Status
Reference Reprint
Receipt
25 MAR 2010, THU,09:01 Interbank
Open : BANK SIMPANAN NASIONAL BERHAD - 158154244920
0310629859630054 RM150.00 Accepted
1380094207
25 MAR 2010, THU,08:51 BillPayment
Tenaga Nasional Berhad (Bill a/c : 20120065640706) - 158154244920
- RM50.00 Successful
1380087682
25 MAR 2010, THU,08:50 BillPayment
Maxis Mobile Sdn Bhd (Bill a/c : 816679682) - 158154244920
- RM120.00 Successful
1380086455
25 MAR 2010, THU,08:48 BillPayment
Celcom (Bill a/c : 37662289) - 158154244920
- RM136.00 Successful
1380085335
22 MAR 2010, MON,17:22 BillPayment
ASTRO (Measat Broadcast Network System) (Bill a/c : 0843888714) - 158154244920
- RM75.90 Successful
1379457726


Belum Bayar BKM6648, CAU843 dan Kad Kredit Bank Islam. (RM800.00, 222.00, 870.00)

9.55 pagi:
bertolak dari Slim River ke Bangi (UKM) melalui tol Behrang menuju jalan Duta. sampai di UKM tepat jam 11.00 pagi.

11.15 pagi:
Dr Ghafar Don Masuk, pembentangan oleh pelajar Indonesia (Aceh) tentang Freemasonary kemudian disusuli oleh pembentangan tentang Teroristme (U.Suhaimi dan Arasz)habis jam 12.45 tengahari. tengok jadual peperiksaan akhir semester 2.

1.00 tengahari:
ambik kereta kat Pusat Islam dan berhenti makan depan shell. ajak arasz. selesai makan terus ke KIAM.

5.00 petang:
tunggu arasz kat KIAM, sambil tu bersembang dengan Azhan.

5.30 ptg:
Arasz baru sampai, naik keretanya ke FPI, pembentangan dah pun selesai ust khaidir dan ust safwan (nahi mungkar). sedang berlangsung soal jawab. aku ikut serta dalam pembahasan tentang wahabi. ramai pulak penyokong hari ni. pembentangan kedua usth Sri Kartini dan ust jab.syari'ah. tentang komunikasi. habis pembentang aku bawak kereta arasz ke Kg.Baru. makan sarimi goreng pekena dengan air kopi "o". bersembang dengan amin KL di sana. telefon tokwe tentang penyakit dia jugak. bungkus nasi goreng untuk bekalan malam nanti.

11.30 malam:
sampai KIAM, ngantuk sangat. tak sempat makan nasi goreng..makan esok je la...

24 mac 2010

pagi:
kena jaga anak (kakak dan syairazi), syairazi demam campak (Berteh)

2.45 ptg:
menaiki kereta exora sekeluarga ke Bangi. melalui highway jalan duta, exit kajang terus ke syeksen 4 rumah maksu. janji dengan Ibu Fatimah untuk ambil bibit (maid) baru, nama Atiq dari tanjung Balai, Medan.

4.10 ptg:
sampai dirumah Salina, tapi mereka belum sampai, pusing2 hingga ke syeksen 7 beli goreng pisang rangup tepi jalan seksyen 7. kemudian balik kerumah Salina. sambil tunggu dia orang sampai kami minum dulu. kakak muntah kena baju aku.

lepas tu solat ashar secara qashar.

6.15 ptg:
Ibu Fatimah datang dengan bibit (Atiq). kami berbincang pasal visa, sebab dia datang pakai visa tourist, maknanya cukup sebulan aku kena hantar pulang ke Medan untuk uruskan visa sebagai pembantu rumah.

8.30 malam:
hantar ibu fatimah ke stesen komuter di UKM, pergi dengan abe, wi,kakak dan bibit. bagi duit RM 3000.00 semasa sampai distesen. balik rumah salina makan nasi lauk kulit lembu masak kicap.

9.00 malam:
bertolak balik keluar tol bangi, isi minyak kat petrol pump di R&R Rawang. RM50.00. exit Tanjong Malim. sampai dirumah jam 10.45 malam.

Monday, March 22, 2010

22 mac 2010


dok dirumah main ngan anak-anak.

bayar bil astro.

22 MAR 2010, MON,17:22 BillPayment
ASTRO (Measat Broadcast Network System) (Bill a/c : 0843888714) - 158154244920 - RM75.90 Successful 1379457726

Saturday, March 20, 2010

21 mac 2010

8.30 pagi:
keluar ke Pasar Slim River seorang, dengan kereta Honda. beli ayam 2 ekor, daging dekat sekilo, santan 3 peket, lengkuas, pisang, timun, carrot, daun sup, air soya, tau fu fa, roti dan lain-lain lagi. balik nak hantar anak tuisyen, tapi tak siap lagi. cancell.

siapkan assighment Dr.Nureldeen, khatibah dan khutbah.

20 mac 2010

10.15 pagi:
ke Politeknik, bengkel automotive jumpa Irfan untuk tukar motor power stering, sambil tu contact salina tanya pasal bibit, dia kata ibu fatimah dari medan ada datang kerumahnya semalam. lepas tu mintak dia contact ibu fatimah tanya tntg bibit. ibu fatimah kata ada seorang yang akan datang hari rabu nanti (Atiq, umur 38 tahun) dari Medan. janji dengan Ibu Fatimah untuk bertemu rabu nanti di rumah Salina di Bangi seksyen 4. habis repair kereta, En.Yakob datang. sembang dgn En.Yakob dan Irfan dalam bilik kereta Produa (VIVA).

12.45 tghari:
balik ke rumah.

Friday, March 19, 2010

19 mac 2010

7.30 pagi:
keluar ke FPI dengan kereta sendiri, sampai dekat trafic light UKM arasz call. janji makan sekali kat cafe FPI. lepas parking ke pejabat Dr.Nureldeen, tp dia tak sampai lagi. aku kemudian ke Cafe, makan nasi goreng dan air soya. kemudian Arasz datang minum sama-sama.

8.45 pagi:
Dr.Ridzwan masuk menggantikan Dr Ideris Endot, katanya selepas ini dia yang akan handle kelas bukan lagi Dr Ideris. hari ini pembentangan oleh Rushdi tentang Silat Gayong Malaysia. selesai pembentangan Dr memberikan komen dan saranan kepada semua pelajar agar assighment yang dibuat boleh dijadikan jurnal atau disertasi.

11.00 pagi:
keluar dari UKM, pergi kerumah seri, tapi dia tak ada. masih di Kelantan tengah bersiap untuk balik ke KL. aku kemudian terus balik melalui Ampang, singgah di Kg Pasir. kemudian balik melalui Ulu Yam, isi minyak disana RM50.00. sampai di Politeknik dalam jam 1.10 minit, ingat nak sembahyang disana tapi takde orang. patah balik sembahyang di Kg Kelan.

2.10 ptg:
habis solat balik. singgah di Family Mart, beli beras, roti, jem dan ice cream. jumpa dengan Hafizuddin, Fadhli dan Luqman (pelajar JPPI) dulu

Wednesday, March 17, 2010

18 mac 2010

10.30 pagi:
keluar ke UKM dengan Arasz, singgah di kedai printing seksyen 3, binding assighment. makan roti canai dikedai mamak kat depan. lepas tu terus ke FPI, kuliah Dr Ghafar. pembentangan pertama tentang sosialisme dan yang kedua tentang pluralisme.

1.05 tghari:
kelas selesai, keluar hantar Assighment kat Dr Ismail Bakar. kemudian cari Dr Nureldeen Salah, beliau tiada di biliknya. kemudian jumpa Dr.Badlihisham beliau ajak bersembang kat bilik beliau, topik utama tentang poligami. hahaha...topik utama org lelaki. kemudian jumpa Dr Ghafar Don, sembang sekejap kemudian keluar. singgah di bilik Dr. Nureldeen hantar assighment. masa nak balik jumpa Dr Azwira dan Ust Fadzlan (Jabatan Qur'an Sunnah) bersembang kat tepi jalan, ajak makan tapi dia kata sibuk, ada hal nak disiapkan.

2.00 ptg:
Arasz hantar di KIAM. singgah kat Petronas, beli 100 plus dan roti Bun Sambal Bilis.

4.30 ptg:
bersiap untuk ke FPI, UKM. pergi dengan kereta sendiri. parking di tempat parking biasa. kelas hari ini dekat bilik bss3 sebab Lampu tak menyala. dua pembentangan 1. Arab, tazkiyatun nafs 2. Amr makruf dan nahi Mungkar (Mahmood).

7.10 ptg:
balik, singgah di Kedai mamak dekat shell, makan nasi. lepas makan balik ke KIAM.

17 mac 2010

7.30 pagi:
main dgn anak-anak. ani ke Pasar cari lauk dan makanan pagi. sambil cuci kereta BFS 131.

9.20 pagi:
bersiap-siap untuk ke UKM dgn honda. 9.30 bertolak sampai di Sg.Buloh top up touch n go RM50.00. melalui jalan duta sampai di UKM jam 10.40 pagi.

11.00 pagi:
masuk kelas Dr Ismail bakar. dia kata kelas ni yang terakhir sebelum exam.

solat zuhur di masjid UKM. lepas tu balik singgah di Shell makan tengahari, telefon arasz tapi tak angkat (dia keluar ngan ...). lepas tu balik ke KIAM, buat assighment Dr Ismail. tidurrrr....

7.30 mlm:
solat maghrib kat surau bawah. lepas tu keluar kat depan KIAM beli nasi lemak, pergi ke Petronas beli 100 plus, roti dan kacang.

16 mac 2010

ke Pusat Islam PSAS, print assighment.
ptg: round2 ngan anak-anak semua ke T.Malim dan Proton city, balik ikut slim village.

15 mac 2010

hantar buku di library PSAS, jumpa Saleh. dia kata dapat pindah ke Poli JB. Tahniah, dapat dekat ngan isteri. kena denda RM5.20 sebab terlewat hantar. tarikh sebenar 2 mac 2010. lepas tu singgah jumpa Pak Ali, sembang sampai 12.30 tghari. kemudian ke Pejabat Pos Slim River, ambil Pos laju (roadtax) BFS131.

petang: pergi ke kandang

13 mac 2010

10.00 pagi:
bersiap-siap untuk hantar bibit, ani dan anak-anak yang lain tak jadi pergi. aku hantar dengan matwi sahaja. sampai di kg pasir lebih kurang jam 11.30 pagi. bibit beli keropok bagi kat wi.

lepas tu kami terus balik, singgah di Ulu Yam.




3.00 petang:
Kak mus telefon kata jangan hantar bibit lagi, sebab dia tak sempat nak balik lagi.?????????????jadi tadi aku hantar bibit dia dok dimana???
BIBIT HILANGGGGGGG

12 mac 2010

5.30 pagi:
menaiki komuter ke Tanjong Malim. seperti biasa singgah di Rawang dulu tukar tren. sampai di Tanjong Malim lebih kurang jam 9.15 pagi

9.20 pagi:
ani datang ambil, terus balik..mengantuk sangat hari ni, aku tidur je.

malam:
kak mus telefon minta hantar Bibit ke Kg.Pasir.

11 mac 2010

5.30 pagi:
aku bawak kereta keluar dari perkampungan orang asli mencari masjid di pekan Ulu Tiram untuk solat dan mandi pagi.

7.00 pagi:
makan pagi di pekan sebelum sampai di Ulu Tiram. ada pasar pagi hari ini. dalam perjalanan balik ambik gambar atas bukit sebelum sampai diperkampungan Pasir Salam.


10.00 pagi:
bersiap-siap untuk memasak nasi kawah, dan masak ayam lemak cili api. sampai jam 1.30 tengahari siap untuk makan semua masyarakat kampung. lepas makan tengahari, solat zuhur dan asar jamak. lepas tu bersiar-siar diperkampungan orang asli dan menziarahi rumah-rumah mereka.

2.30 petang:
pergi jeti di belakang kediaman.


3.30 ptg:
tolong abang dari majlis agama tukar tayar keretanya.

5.00 ptg:
keluar bersama-sama pelajar lelaki lainnya untuk perlawanan persahabatan bola sepak.


lepas perlawanan bola sepak tamat kami ke Masjid untuk solat. (jamak Takdim) lepas solat makan di gerai tempat makan pagi tadi. sup kambing cicah roti. lepas tu balik semula ke perkampungan Pasir Salam.

9.00 malam:
ada tayangan untuk tontonan orang asli. jumpa Dr Ghafar minta kebenaran untuk balik. sebelum balik mengurut dulu dengan rusdi di musholla.

10.30 malam:
keluar dari perkampungan orang asli Pasir Salam, balik.

1.50 pagi:
sampai di rumah Arasz di Serkam. kemudian bertolak dengan Che Musa menuju Seremban. bawak kereta slow2, singgah makan di Seremban lebih kurang jam 3.30 pagi.

4.30 pagi:
Che Musa hantar di Stesen Keretapi Seremban.

5.00 Pagi Che Musa Balik

10 mac 2010

7.30 pagi:
bertolak ke Stesen Komuter Tanjong Malim dengan kancil, sampai disana jam 8.00 pagi, beli tiket komuter ke Seremban RM11.50 bertolak jam 8.50 pagi. pusing-pusing pekan Tanjong Malim dulu dan berhenti minum di kedai Abuya.

8.35 pagi:
kestesyen, dan 8.50 pagi bertolak dari stesen komuter T.Malim. tukar tren di Rawang dan terus bergerak ke Seremban. sampai di Bangi mesej Che Musa. lebih kurang 50 minit dari bangi sampai di Seremban. che Musa tunggu.

12.15 tghari:
bergerak pula ke Serkam, Melaka (rumah Arasz) dengan menaiki kereta Iswara Che Musa.

1.30 tghari:
sampai di Serkam. Arasz tunggu, masuk kejap di rumah Arasz kemudian tunggu Kawan Arasz (along) seterusnya ke Kedai Makan, makan nasi berlaukkan ikan masak asam pedas.

2.30 ptg:
bertolak ke Johor Bharu. melalui Felda Pandak Taib (kg Mawi) ke Ulu Tiram. singgah solat di Felda. tanya orang kampung situ arah ke Perkampungan orang asli.

7.10 mlm:
singgah makan di restoren di Ulu Tiram. kemudian bergerak ke Perkampungan orang Asli Pasir Salam. sampai disana lebih kurang jam 8.30 malam.

malam tidur dalam kereta arasz

Monday, March 8, 2010

8 mac 2010

5.30 pagi:
bertolak dengan BFS131 ke T.Malim, singgah isi petrol di Pam Slim River RM50.00. sampai di T.Malim (melalui Ketoyong)jam 5.55 pagi. beli tiket komuter RM8.90. tepat 6.01 minit komuter bertolak. direct ke UKM. sampai di stesen komuter UKM jam 8.00 pagi. singgah pekena roti telor di kedai mamak kemudian ambil motor ke UKM, jumpa che musa dan Shadiq. kemudian arasz datang.

8.45 pagi:
dengar taklimat dari Prof Madya Dr Ghafar Don ttg tentatif program di perkampungan orang asli Ulu Tiram, Johor Bharu. habis dalam pukul 10.00 pagi. berbual kejap dengan che musa dan arasz kemudian terus ke stesen komuter untuk balik.


10.37 pagi:
naik komuter untuk balik. china streamyx telefon kata nak pasang streamyx jam 11.30. aku call ani tapi tak angkat (tertinggal telefon kat rumah), lepas tu ani mesej pakai telefon lain. berhenti di Rawang untuk tukar tren. call LPPKN Teluk Intan. sampai di tanjong malim, kemudian call ani, suruh beli pampers. singgah di TF Value Mart beli Pampers Baby Like 3 pieces. sampai di rumah jam 1.40 tgahari.

Saturday, March 6, 2010

6 mac 2010


keluar ke pasar slim dgn ani dan kakak, cari lauk kemudian singgah ke family mart beli bag untuk bawa barang2 kecik ke LAD di ulu tiram JB.
ptg, sekali lagi keluar cari susu anak dgn ani, kakak abe dan syairozi. lalu ikut tasik YDP tengok ramai orang (Program Juara Rakyat) Muhyiddin Yaasin datang.

7 mac 2010

petang: ke Klant Hall dengan ani, tengok rumah, ingat nak beli








Thursday, March 4, 2010

5 mac 2010

7.40 pagi:
bertolak ke FPI, pusing-pusing dekat syeksen 3 cari kedai makan, tapi tak berkenan. terus ke FPI. jumpa don dalam bilik bawah tengah download ceramah, sembang jap dan ajak minum. belanja makan sekali.

8.30 pagi:
masukk kelas dr.ideris endut. 8.40 baru dr masuk.

9.55 pagi:
kelas selesai, aku terus balik KIAM. dekat trafic light jumpa kamarul driver PSAS.. tanya dia dari mana "katanya: hantar pelajar poli ke UKM. lepas tu dia nak singgah kerumah sepupunya di Bandar Baru.

10.10 pagi:
balik ke KIAM.

1.00 tengahari:
ke Surau An-Nur, dengar kuliah Ustaz Ideris Ahmad (Ketua Penerangan PAS)
lepas tu beliau menyempurnakan khutbah yang berkisar tentang sambutan maulidir rasul.
masa balik bertemu dengan Dr Haron Din, tak sempat nak bersembang sebab dia ramai peminat.

Wednesday, March 3, 2010

4 mac 2010

7.40 pagi:
keluar makan nasi belauk kat kedai biasa. sebelumnya call ust.suhaimi ajak datang sekali belanja makan. dah nak habis makan baru ust.shuhaimi datang.

9.30 pagi:
ke Library UKM TSL, cari bahan untuk dr ideris endut, dapat bahan untuk proposal.

11.00 pagi:
keluar ke FPI, sampai-sampai semua pelajar dah ready tapi Dr.Ghafar tak ade, pegi tanya ofis dia cakap Dr Ghafar ke Bangkok. turun minum di cafe dgn arasz makan meehoon bakso. call dr syukri yeoh ajak minum. belanja makan bakso dan air soya.

12.30 tghari:
bali ke KIAM. cuci kupiah, kotor kena raga motor.

4.40 ptg:
ke FPI, tapi sebelum tu singgah dulu di syeksen 3, pekena roti puri. sambil menunggu roti siap dr. syamsul adabi datang dgn wife dia. tak dan nak bersembang lama la.

5.00 ptg:
samapi di FPI, hari ni ada dua pembentangan, pelajar Iraq dan Libya tentang Mujadalah dalam Al-Qur'an dan Muslimat tentang Media Internet sebagai medium dakwah.

7.10 ptg:
terus balik ke KIAM, nampak macam nak hujan

8.20 malam:
keluar ke Warta, beli kupiah. makan nasik beriani di kedai nasi kandar. masa balik singgah beli air mineral, ducth lady kotak dan mamee (bekal malam ni).

3 mac 2010

8.20 pagi:
ke kedai makan (biasa) makan nasi belauk and teh tarik. habis makan terus ke Library jumpa ust. suhaimi. bincang tentang syarat dan peranan ulamak dalam PAS.

10.55 pagi:
ke FPI dgn motor dari library. sampai di kelas, ustazah salmah (bahasa arab) masih mengajar. tunggu kat lluar. lepas tu baru masuk. hari ni belajar tentang falsafah tamadun islam. habis kelas 12.55 tghari kemudian jumpa dr nureldeen, beliau bagitahu besok takde perbincangan. kelas besok hanya untuk pembentangan 2 kertas. lepas tu terus ke bilik dr Ismail bakar beli buku tamadun islam (falsafah Sejarah Islam) RM15.00.

1.15 ptg:
naik motor balik, sampai dekat bulatan enjin motor mati, habis minyak. nasib baik sebelah kiri jalan keluar tol ada pam minyak. biarkan motor bergerak sampai ke pam. isi minyak rm7.00 kemudian singgah di kedai makan di seksyen 1. bungkus nasi dengan ikan masin dan sayur nangka kemudian beli air mineral 1 botol. balik.

2.00 petang:
arasz telefon dan datang ke KIAM.

Tuesday, March 2, 2010

2 mac 2010

11.00 pagi:
ke Politeknik (JKE) bawak periuk (rice coocker)minta wan repair (trip).

11.30 pagi:
pergi kekandang, jumpa pak ali dan lan. lembu nak bawak ke sg.buloh.

12.30 tengahari:
ke Tanjong Malim, check kredit kad di Bank Islam. Keluar duit di CIMB RM1000.00.


1.30 ptg:
balik berhenti di Petronas isi minyak RM50.00 di Petronas slim, lepas tu singgah di Workshop belakang petronas tengok honda. upah repair honda RM775.00. mintak cina hantar. dirumah en.azmi TM.net sedang memasang kabel untuk talian telefon rumah.

2.00 ptg:
hantar balik kereta di kedai china sebab minyak agak slow. telefon ani minta datang ambil

2.20 ptg: ani datang dan balik bersiap-siap untuk ke stesen keretapi slim river.

2.30 ptg: bertolak dari rumah ke stesen, keretapi jam 2.41 ptg

2.38 ptg: sampai di stesen sambil hantar syahmi ke sekolah agama.

2.45 ptg: keretapi sampai, aku naik duduk di seat 18 c.

4.57 ptg: sampai di Kajang, terus beli ticket komuter

5.00 ptg: naik komuter ke UKM

5.05 ptg: sampai di UKM, berjalan kerumah faiz ambik motor. faiz excident motor luka di bahu dn lengan.

5.20 ptg: bertolak dengan motor ke KIAM.

5.30 ptg: masuk bilik.