Ruangan ini adalah sekadar catatan harian penulis. lebih tepat lagi...ianya adalah diari penulis, anda tidak digalakkan membaca blog ini. penulis menyediakannya kerana malas nak beli diari, itu je.

Tuesday, April 27, 2010

27 april 2010

pagi:
keluar dengan arasz ke pejabat pos, arasz beli stem, aku terus ke kedai makan nasi belauk. habis makan pergi farmasi beli obat resdung RM14.50 (clarinase 24hr), balik ke KIAM. arasz terus balik ke Nilai. naik print nota pakai printer arasz. tengahari tidur.

Petang:
Keluar ke Pasar Malam jalan kaki, beli nasi kerabu RM5.00, jumpa ust Zamihan kat kedai nasi kerabu. beli keropok RM1.00, beli murtabak RM2.00. kemudian makan bakso dekat bank Islam. dah nak habis makan arasz call suruh tunggu kat kedai tu. lepas arasz datang rosdi pula sampai, sembang2 lepas tu pergi warong bakso satu lagi. lagi sedap. lepas tu balik ke KIAM.

Monday, April 26, 2010

26 april 2010

5.00 pagi:
bangun, mandi dan bersiap-siap untuk ke stesen keretapi, tengok jam kat luar rupanya dah jam 6.05 minit pagi. train bertolak jam 5.56 pagi. terlepas lagi hari ni.

9.30 pagi:
bertolak dari rumah dengan menaiki kereta honda, singgah di slim isi minyak RM50.00. masuk tol Behrang ke Jalan Duta RM11.00. kelajuan biasa 110 km - 130 km. sampai di Bangi lebih kurang jam 11.00 pagi, exit tol UPM melalui kg dato Abu Bakar Baginda. singgah makan nasi di kedai seksyen 1 (tempat biasa) lauk ikan pari bakar dan kuah asam pedas.

12.30 tghari:
rilex di KIAM, buat terjemah dan jawab soalan PQ6153. lepas tu tidor.

2.30 ptg:
Ust Khaidir datang, bahagi tugas jawab soalan. ust zamri 6 - 10, ust khaidir 11 - 12, ust arasz 13 - 15, ust safwan 16 - 17. kemudian ust safwan pula sampai.

5.30 petang:
keluar ke syeksen 1 dengan Ust Khaidir dan Ust Safwan, makan char kuew tiaw, ust khaidir belanja.

8.00 malam:
sambung lagi menyiapkan tugasan masing-masing, lepas isyak baru perbincangan.

10.40 malam:
keluar dengan ust arasz ke kedai minum seksyen dua. ust Khaidir dan Ust Safwan terus balik selepas minum ke Seremban.

25 april 2010

dok dirumah aje hari ni, menunggu keputusan pilihanraya. tengahari ada jamuan rumah pakcik tabligh, kenduri kesyukuran. makan nasi dengan jamaah masjid. malam gi beli ticket train ke Kajang, RM17.00. kelas superior.

24 april 2010

petang: ke kandang pak Ali, ambil tebu. yang ada di kandang lan sekeluarga, pak Ali dan Raju nak ke Ipoh, ada party katanya.

Friday, April 23, 2010

23 april 2010

pagi: setle bil-bil melalui maybank2u.
BillPayment Telekom Malaysia Berhad (Bill a/c : D208191830209)RM215.35 Successful
Interbank Open : BANK ISLAM MALAYSIA 5422610000454525 RM400.00 Accepted 1387317823
Interbank Open : BSN 0310629859630054 RM150.00 Accepted 1387315327
Tenaga Nasional Berhad (Bill a/c : 20120065640706)RM168.00 Successful 1387313709
Maxis Mobile Sdn Bhd (Bill a/c : 816679682)- RM200.00 Successful 1387312759
ASTRO (Measat Broadcast Network System) (Bill a/c : 0843888714)- RM37.95 Successful 1387311112

9.30 pagi:
keluar ke Pekan Slim River bayar bil air RM30.10. ust arifin telefon mintak hantar borang senarai nama siak dan bilal. habis tu ke Politeknik, ambil surat2. balik dari sana singgah di Kandang.
1.15 tghari:
solat jumaat di Masjid Slim River.

3.00 petang:
sekali lagi ke Tanjong Malim hantar bibik dan bawa kakak. lepas x-ray di klinik pergi ke Bank Islam, ambil RM1000.00. kemudian pergi ke Public bank bayar BKM RM796.00. terus ke AMBANK bayar CAU RM225.00. balik singgah di Hub Halal beli ayam seekor dan kerang.

22 april 2010

9.00 pagi:
ke Maybank Slim River, buat bankderaf RM190.00. balik ke rumah ambil surat dari Petronas. kemudian terus ke Ipoh melalui tol Sungkai.

LOGO IPOH terpampang megah di pinggiran Ipoh dekat highway PLUS

sampai di Fomema Ipoh lebih kurang jam 11.30 pagi. lepas tu pergi pula ke Petronas Dagangan di Gopeng. parking dekat caltex, ambil chek RM100.00. selesai semua terus balik melalui jalan lama.
sampai di rumah lebih kurang jam 1.45 petang.



3.00 petang:
keluar ke Klinik Syifa depan UPSI untuk buat pemeriksaan bibik.

kaunter pendaftaran poliklinik syifa

selesai pemeriksaan terus ke Pekan Tanjong Malim. ambil duit di bank Islam RM1500.00. balik singgah di TF Family mart. bagi kat Ani RM150.00. lepas tu balik ambil abe dan wi

21 april 2010

4.30 pagi:
bangun, study sikit. lepas solat suboh, lebih kurang jam 7 pagi keluar minum dengan Arasz di seksyen 3. pekena roti telur + bawang dan nescafe tarik. habis minum terus ke UKM, sempat tengok nota sekejap kat tempat parking kereta.

8.15 pagi:
ke bilik exam BSS1. kemudian ketandas. bank in dulu. masuk dah nak start exam. tengok soalan rasa berpinar2. goreng-goreng-goreng...

10.35 pagi:
ke cafe FPI jumpa dengan Dr Shukri Yeoh, ajak minum sama-sama. lepas tu aku minta diri.

11.00 pagi:
ke rumah maksu hantar barang bibik. lepas tu call fomema. kemudian terus balik.

20 april 2010

5.35 pagi:
bertolak ke stesen keretapi slim. sembahyang suboh di stesen. tunggu sampai 6.10 minit pengawal stesen kata keretapi lambat kerana ada masalah di stesen Batu Gajah. Sekitar jam 7.00 pagi baru tiba. aku call ani minta datang ambil

6.45 pagi:
pergi ke stesen, setelah puas menunggu, tanya pengawal stesen, dia kata keretapi dah berlepas dalam jam 6.40 pagi. aikkk! pelik...tadi dia kata dok di batu Gajah, padahal kalau takde kerosakan pun tak mungkin tiba dalam masa 30 minit ke slim dari Batu Gajah. memang hampehh betul pengawal stesen ni. aku dah beli ticket pergi balik. rugi...rugi..rugi. call ani minta datang ambil, terpaksa pergi ke UKM dengan kereta sendiri.

7.30 pagi:
bertolak ke UKM melalui Batang Kali. jalan boleh tahan jugak la.. singgah di petrol pum Petronas dekat rumah Aisyah.

10.00 pagi:
sampai di KIAM. call rusdi dan Arasz, Badrul ada di bilik. study dengan ust Rushdi sekejap, lepas tu tidor..tak tahan mengantuk sangat.

6.00 petang:
keluar ke Pasar Malam dengan Rushdi, beli nasi kerabu, rushdi belanja. lepas tu makan bakso aku belanja.

Wednesday, April 21, 2010

19 apr 2010

7.15 pagi:
keluar ke kedai nasik belauk seksyen 1 dengan Arasz.

7.45 pagi:
bertolak ke FPI UKM, berhenti di bilik singgahan ilmu, ada ust khaidir, rosdi, dan beberapa orang yang lain.

8.25 pagi:
masuk dewan peperiksaan. jawab soalan exam tentang kepimpinan.

11.00 pagi:
beramai-ramai ke teras jernang nak pekena pulut cendol tapi kedai tutup. minum di kedai dekat universiti Kuala Lumpur.

12.30 tghari:
bertolak ke Pelabuhan Kelang melalui Puchong. sampai di sana jam 2.00 petang.

2.30 petang:
bibit sampai, dan bawak balik. melalui bandar Kelang.

4.00 petang:
berhenti solat di Masjid Ulu Bernam. singgah di hub halal beli ayam 2 ekor, kemudian berhenti di station Slim River beli ticket pergi balik ke Kajang.


hari ni merupakan hari jadi ABE

Sunday, April 18, 2010

18 apr 2010

8.00 pagi:
bersiap2 untuk bertolak ke Bangi.

9.00 pagi:
bertolak dari rumah, singgah di Petronas Slim isi minyak RM50.00. masuk tol Tanjong Malim exit jalan duta.

10.00 pagi:
exit Kajang, melalui hotel exuatorial sampai di KIAM. tak lama kemudian ust khaidir sampai, di susuli ust rosdi mat zain, lepas tu aku turun ke bawah sekejap beli air dan pisang goreng. kemudian don danial pula sampai. berbincang pasal kertas dr ideris (besok exam).

1.20 tengahari:
berhenti solat berjamaah di surau KIAM, Don jadi Imam.

2.00 sambung balik.

Saturday, April 17, 2010

17 apr 2010


7.20 pagi:
keluar ke pasar slim, beli lauk pauk kemudian beli roti canai di restoren kurnia.

8.30 pagi:
menaiki kancil ke Sungkai (Taman Perhilitan) ceramah kepada pelajar (rakan Pusat Islam RAPI) tajuk: ciri2 muslim sejati. kuliah bermula jam 9.10 pagi sampai 10.45 pagi.



gambar-gambar di sekitar Program Kasih 2010


10.50 pagi:
rehat bersama alumni JPPI Pusat Islam, kemudian ust. zulfiqar UPSI datang.

11.20 pagi:
balik

16 apr 2010

ani dan anak2 ke sekolah.
solat jumaat di Masjid Slim River, petang sobirin Pusat Islam telefon minta beri pengisian di perkemahan RAPI di Sungkai, pada 17 apr (sabtu) tajuk: ciri2 muslim sejati.

15 apr 2010

syairazi boleh keluar dari hospital.

Wednesday, April 14, 2010

14 apr 2010

5.40 pagi:
bangun gosok baju sekolah anak, masak air kemudian kejutkan mereka untuk mandi kesekolah. lepas solat subuh siap2 untuk hantar mereka ke sekolah

7.15 pagi:
hantar abe dan wi ke sekolah, tinggal kakak seorang kat rumah. balik kemas2 rumah, jemur kain baju dan kemudian masak.

12.00 tengahari:
ambil anak2 dari sekolah. jumpa en.jaafar bersembang sebentar. lepas hantar abe dan wi, bersiap2 pulak hantar pakaian dekat ma di hospital, pergi dengan wi. balik dari hospital, hantar abe pulak ke sekolah ada ko-ku. pergi ke pekan slim dulu beli buku log.

5.30 petang:
ambil abe di sekolah, pergi dengan kakak. lepas hantar abe dan kakak di rumah pergi pulak ke hospital. adik dah pindah ke katil hadapan. 6.40 balik.

Monday, April 12, 2010

13 April 2010

5.40 pagi:
bangun pagi, siap-siap peralatan sekolah anak, sterika baju dan siapkan minuman. lepas siap2 anak2 hantar anak kesekolah. wi tak pergi kena jaga kakak kat rumah.

7.30 pagi:
lepas hantar abe ke sekolah singgah kat syairazi di hospital

hari ni abe dan wi tak gi sekolah agama

tengahari: sekali lagi pergi tengok syairazi kat hospital

7.00 malam:
ke Masjid Behrang 2020 kena ceramah kat sana, tajuk hari ini berkenaan sejarah awal penderhakaan dan kejadian mannusia. mula kuliah jam 7.50 malam sampai 8.50 malam

9.15 malam:
bertolak balik, singgah di kedai beli bawang putih, roti dan air untuk adik syairazi. singgah di hospital hantar pakaian dan makanan. bawa balik nugget dan kentang dari hospital

12 apr 2010

7.20 pagi:
bawak kakak dan adik syairazi naik kereta sambil hantar abe dan wi ke sekolah. balik lepak2 kat rumah. 9.30 syairazi menangis demam panas. telefon mama suruh bawak ke Poliklinik. ma gi ambil no dulu. lepas tu balik. pukul 11.30 bawak syairazi ke poliklinik. lepas tu jam 1.15 abe telefon dari sekolah suruh ambil lepas tu gi ambil abe dan wi. dirumah ma baru balik. Dr kata kena hantar ke wad kecemasan. tengahari aku hantar ma dan adik ke wad kecemasan. lepas tu hantar abe dan wi kesekolah agama. balik sekolah agama ma kata adik kena tahan di wad.

5.30 ptg:
ambil abe dan wi di sekolah agama dengan kakak sambil bawa pakaian ma. beli asam jawa, puting, roti telor dan tuala. lepas ambil abe dan wi singgah di spital hantar barang. lepas tu balik kerumah. masak roti telor bagi makan anak-anak lepas tu hantar kat ma di hospital 7.30 malam.

8.30 malam:
letrik takde sampai pukul 10 malam.

Sunday, April 11, 2010

11 April 2010

4.25 pagi:
bangun dan bersiap2 untuk hantar bibit ke LCCT, KLIA.

5.30 pagi:
bertolak ke LCCT dengan Zaha, isi minyak di seksyen3 RM50.00, sampai di sana jam 6.00 pagi. tol RM4.70 masuk ke dalam chek ticket, kemudian hantar bibit ke pelepasan pada jam 6.30 pagi. solat subuh di sana, kemudian tunggu flight berlepas sampai 8.15 pagi. zaha telefon ibu fatimah memaklumkan penerbangan berlepas jam 8.10

8.15 pagi:
keluar dari parking, kena RM7.00. balik keluar tol Bangi RM5.20. tinggal zaha di stadium bandar baru bangi tengok afiq sukan PASTI. balik ke syeksen 4 makan pulut cicah nyor dan ikan kering. dekat nak balik zaha dan salina balik. bersembang sekejap, lebih kurang pukul 11.00 bertolak balik ke Slim River.

12.20 tengahari:
sampai di Slim River.

Saturday, April 10, 2010

10 April 2010

11.00 pagi:
keluar ke tanjung dengan ani, tukar duit RM200.00 dengan Rupiah dapat Rp550.000.00. beli pakaian sekolah abe dan lain2 kat BIG 10.

1.00 tengahari:
balik, singgah di Yat Fong beli susu anak.

7.00 ptg:
bertolak ke Bangi rumah mak su untuk hantar bibit ke KLIA LCCT.

8.45 malam:
sampai di Bangi.

Friday, April 9, 2010

9 Apr 2010


7.30 pagi:
keluar dari KIAM, makan nasi belauk kedai seksyen 1. habis makan isi minyak di petronas RM50.00 kemudian masuk tol bangi untuk ke Kedutaan Indonesia jalan Tun Razak. parking sebelah kedutaan RM4.00, jumpa pengawal tanya tentang chop alamat majikan pada pasport maid, dia kata kena balik ke Indon dulu baru dapatkan visa baru boleh chop. lepas tu aku terus balik ke Slim River. melalui jalan Kucing - segambut - keluar jalan duta.

10.30 pagi:
sampai di Politeknik, singgah di cafe minum dengan amin, chelah JP, Hise. lepas tu en.Hanafi datang, kemudian datang pula megat, zul, jibam dan budak praktikal di unit ICT. habis minum balik

11.15 pagi:
sampai di rumah slim. buat khutbah sikit untuk dibaca di pusat Islam Politeknik hari ini.

12.56 tengahari:
bertolak ke Politeknik, sampai sana jam 1.05 minit. masih belum ada orang. aku berehat kat bilik pentadbiran. lepas azan keluar solat sunat kemudian terus naik mimbar untuk khutbah. tajuk khutbah tentang "perancangan jahat musuh terhadap Islam".

2.15 ptg:
balik. singgah di JPA ambil surat, dapat hadiah cabutan bertuah (Pemenang RM100.00 untuk minggu ke 3) PETRONAS. “Experience the Power. Enjoy the Savings Winners’ List”

3.00 ptg:
daftar air asia, booking ticket flight air asia. untuk bibit balik Medan RM167.00.

Thursday, April 8, 2010

8 apr 2010

8.00 pagi:
bertolak dari rumah di Slim ke Bangi dengan BFS131, singgah di Petronas Slim isi Minyak RM50.00. dalam perjalanan call imigresen tanya status permohonan, dia kata dah diluluskan. singgah di post office tanjong Malim, ingat nak beli bank draff, tapi masih tutup. teruskan perjalanan melalui ulu bernam, masuk tol T.Malim. bawak kereta slow saje. sampai di Kajang jam 9.30 pagi

9.30 pagi:
ke Pejabat Pos BB.Bangi, dia kata Bank Deraf hanya di bank sahaja. aku pun ke MayBank belakang, beli bank deraf RM435.00. habis tu aku terus berangkat ke seksyen 3, binding assighment. tuan kedai bagi nametag aku yang hilang kat kedainya. kemuidan ke UKM, parking depan P.Islam. jumpa Dr.Ghafar kat pejabat serah assighment dan proposal. jumpa juga Dr.Nurelden serah tugasan khutbah dan dia bagi soalan untuk perbincangan petang ini.

11.00 pagi:
masuk kelas ideologi modern (Dr.Ghafar) untuk yang terakhirnya. ada 3 pembentangan yang di siapkan hari ni.habis kelas aku segera ke Putrajaya.

12.40 tengahari:
makan kat depan Institut Perguruan Islam bangi. RM8.70. lepas tu terus ke Imigresen Putrajaya. di sana sekejap saja, tapi dia kata kena ke kedutaan Indonesia untuk print alamat majikan di pasport maid.

2.15 ptg:
bertolak dari putrajaya ke Jalan Tun Razak untuk buat catatan alamat majikan tapi borang pulak habis, terpaksalah balik. tersesat pulak sampai ke Putrajaya. Berhenti minum sekali lagi di kedai makan dekat IPG, kena bubur kacang dan air syrup. kemudian singgah solat di Masjid IPG Bangi.

4.20 ptg:
terus ke fakulti, berehat dekat bilik singgahan ilmu, buka internet sekejap.

5.00 ptg:
masuk kelas. perbincangan soalan.

7.00 ptg:
balik Ke KIAM.

Wednesday, April 7, 2010

7 apr 2010

qiblat rumahku

pagi:
ke Pusat Islam Politeknik, print Proposal. balik singgah di Kandang. ambik tanah, pucuk chekor manis dan cabai. tengahari balik.

Monday, April 5, 2010

5 apr 2010

keluar ke Pekan Slim, cuci gambar pasport, lepas tu ke Post Office Slim, ingat nak beli Bank Draft untuk pengambilan maid. bila telefon ke Bahagian pembantu rumah, Jabatan Imigresen, dia kata kena serahkan selepas diluluskan permohonan.


seterusnya balik kerumah, siapkan borang2 dan bertolak ke Kajang dengan Exora. sampai sana dah jam 1.00 tengahari. LHDN dah tutup. buka jam 2 petang. singgah di Singgalang restoren dulu (RM7.70) kemudian baru matikan setem RM50.00. lepas tu bertolak pula ke Putrajaya, presint 2. Pejabat Imigresen. uruskan borang2.

3.50 petang:
bertolak balik ke Slim River. top up touch n go di jalan duta RM50.00, singgah di R&R Rawang isi minyak RM50.00 beli air mineral RM1.20. kemudian berhenti solat di Masjid Ulu Bernam.

5.30 petang:
singgah di kandang. ada Pak Ali, Lan, Anak Lan dan sorang pekerja, ambik daun pisang. kemudian Amin datang.

6.45 petang:
balik, bersiap-siap untuk solat maghrib. kemasjid Slim River dengan abe dan wi.

4 apr 2010

ke pasar Slim River sambil hantar Syahmi dan Syazwi ke kelas Tuisyen. lepas tu ke SKSR, ani ambil buah betik dan daun untuk masak gulai ikan keli. Malam selepas solat maghrib ke TF Value Mart beli barang keperluan . solat isyak di masjid Behrang 2020 sebagai Imam

2 april 2010

makan pagi kedai mamak kat seksyen 3, roti telur sama teh tarik. lepas tu kerumah seri, print Proposal Thesis.

8.35 pagi:
masuk kelas, pembentangan pertama oleh Ust Don, Methodology dakwah nabi Ibrahim. pembentang ke dua, ustazah zeihan dan kawannya - Pengurusan masjid, pembentang ke 3 ustaz Sofwan - Adat Perpatih dan yang keempat tentang kepimpinan tentera Mamluk.

11.00 pagi;
Keluar kelas ikut Dr Ideris Endot tanya tentang proposal. dia setuju, tapi mintak buat 3 copy, 1 serah kat jabatan, 1 untuk ust othman talib dan satu lagi untuk beliau.

11.15 pagi:
minum di Cafe FPI dengan ust. shuhaimi, arasz, safwan dan bapak dari Medan.

11.40 pagi:
balik ke Perak, sampai di bukit Beruntung temperature kereta naik. slow sikit perjalanan dan singgah di R&R T.Malim. berehat lebih kurang 40 minit kemudian bergerak balik.

2.35 Ptg: sampai di rumah.