Ruangan ini adalah sekadar catatan harian penulis. lebih tepat lagi...ianya adalah diari penulis, anda tidak digalakkan membaca blog ini. penulis menyediakannya kerana malas nak beli diari, itu je.

Tuesday, January 26, 2010

27 jan 2010

5.56 pagi:
bertolak dari stesen Slim River menuju ke Kajang, sampai di Kajang jam 8.10 pagi.

8.25 pagi:
dari Kajang ke UKM menaiki Komuter.

8.35 pagi:
sampai di Stesen Komuter, terus ke rumah faiz ambil motor.

8.40 pagi:
ke kedai sup keting, beli nasi belauk ayam.

10.45 pagi:
ke kedai printed, print assighment untuk buat pembentangan Dr.Nureldeen.

11.00 pagi:
kuliah Dr. Ismail Bakar "Metodologi Pensejarahan", bagi assighment kat Che Musa. untuk di perbanyakkan.

12.45 tengahari:
jumpa Dr.Nureldeen, ambil nota dan hantar assighment.

7.50 malam:
jumpa ustaz azhan, ambil tudung yang ditempah, ke rumah seri pinjam kereta untuk ke kg.Pasir, ambil gambar anak bibit hantar.

22 jan 2010

7.30 pagi:
setelah bersiap-siap barang dan mengemas bilik (sebab nak balik) terus ke UKM untuk kelas Dr.Ideris Endut.

10.45 pagi:
kelas habis, terus kerumah Faiz, tinggal motor disana. jalan kaki ke stesen Komuter, beli tiket komuter RM7.00 ke Tanjong Malim.

11.15 pagi:
berlepas dari Stesen UKM menuju ke Rawang.

12.45 train tukar dekat Rawang. di Rawang terpaksa tunggu train dari T.malim, dalam pukul 1.20 baru train bertolak dari Rawang ke T.Malim.

2.00 ptg: (lebih kurang)
baru sampai di stesen T.Malim, Ani, abe, wi dan kakak tunggu. terus balik dan singgah hantar abe dan wi di sekolah agama.

21 jan 2010

10.30 pagi:
ke kedai makan azura, makan roti canai telur, print kertas kerja untuk pembentangan kulaih Dr Ghafar Don. (hedonisme)

10.55 pagi:
bertolak ke FPI, UKM. Dr Ghafar dah Masuk, dan terus buat pembentangan. soal jawab sampai habis masa. balik photostat nota Dr. Nureldeen Shalah Gaberullah al Makkey, baca nota dan cari hadits sikit.

4.00 ptg:
ke UKM untuk kelas Dr Nureldeen, pembentangan kumpulan Don, tahuk "HIKMAH".

7.15 malam: lepas solat maghrib keluar dengan Arasz ke Kg Baru, makan nasi Padang dan Sarimi Goreng Aceh.

9.15 malam:
Balik ke KIAM

20 jan 2010

10.15 pagi: keluar makan roti canai di Azura restoren. kuliah Dr. Ismail

petang tidur

malam: ke Surau an-Nur, kuliah Fiqh Sirah (Ust. Shalahuddin) qisah Ahzab / Khandak

19 jan 2010

8.30 pagi:
ke Pusat Islam, buat assighment, jumpa en.Yaakob

12.00 tghari:
balik

2.30 ptg:
ke Stesyen keretapi Slim River hantar anak sekolah agama, kemudian naik keretapi ke kajang. dari Kajang naik Komuter ke UKM, dari UKM ke KIAM naik Teksi RM7.00

7.00 ptg:
ke Pasar Malam, beli makanan, (char Kuew Tiaw, nasi Ayam, air cincau + soya, keropok losong) beli perfum one drop

9.00 malam:
buat assighment

Tuesday, January 19, 2010


Create Fake Magazine Covers with your own picture at marzuki


Wednesday, January 13, 2010

13 jan 2010

5.00 pagi:
bersiap-siap untuk ke bangi dengan menaiki train.

5.40 pagi:
Ani hantar dengan kancil ke stesen Slim River, tepat 5.56 pagi train sampai dan aku naik. sampai di Kajang tepat jam 8.10 pagi

8.15 pagi:
beli tiket komuter ke Bangi (UKM) 50 sen, dan sampai di Bangi lebih kurang jam 8.25 pagi. naik teksi kerumah seri di seksyen 3 3/74. RM8.40 sen. ambik motor balik. singgah di kedai nasi (sup keting) seksyen 1 dan bungkus nasi belauk. isi minyak motor RM5.00 terus ke KIAM.

11.00 pagi:
ke FPI untuk kuliah dgn Dr.Ismail bakar.

1.30 tghari:
balik letak motor dan keluar dengan arasz ke Singgalang restoren di seksyen 5, RM24.00.

7.18 malam:
ke surau an-nur, solat maghrib dan ada kuliah hadits dari us. Farid Ravi larangan berfikir tentang zat Allah beliau mengulas tentang kisah Bani Israel, kisah Imam Ahmad menjawab pertanyaan ethies terhadap gurunya, kisah nabi Ibrahim dan namrud, tentang ayat hujjah nabi Ibrahim. dan yang terakhir tentang penggunaan kalimah Allah.

12 jan 2010

10.30 pagi:
ke pekan Slim, cuci foto syazwi (ukuran pasport), beli tie matwi kemudian pergi ke expo di pekan Slim, cari charger untuk racing car syahmi (tak ade) lepas tu terus ke politeknik, Library buka, cari bahan-bahan utk assighment Dr.Nureldeen.

1.00 tghari:
balik dan pinjam buku 6 buah. hantar 11 febuari.

2.45 ptg:
hantar anak-anak ke sekolah agama. (ani ada mesyuarat kat sekolah), beli tiket keretapi ke kajang. (RM9.00)

5.33 ptg:
ambik anak-anak dari sekolah agama.

7.15 malam:
ke Masjid Sultan Idris Shah, solat maghrib dan dengar kuliah Ust Aswad.

11 jan 2010

7.15 pagi:
hantar ani dan anak-anak kesekolah, kereta kancil bermasalah pula.

9.30 pagi:
ke bengkel belakang Petronas Slim (dekat taman je) untuk repair kancil, habis RM42.00, tukar plug dan petrol filter, kemudian ke politeknik, ingat nak ke Library nak cari bahan-bahan utk assighment, rupanya hari ni pendaftaran pelajar-pelajar baru. (library tutup)balik je laa..

2.40 ptg:
hantar anak ke sekolah agama.

5.45 ptg:
ambik anak-anak sekolah agama

7.05 ptg:
ke Politeknik lagi untuk Ceramah Agama sempena MSK Pelajar ambilan jan 2010. ceramah tentang perjuangan Rasulullah dan dakwah yang harus di laksanakan oleh Ummat kini.

9.15 malam:
habis solat isyak dan sunat, U.Amin, Yusof danKumi ajak ke Rimba, kena tomyam campur, telur dadar, ayam kunyit dan timun sambal.

Tuesday, January 12, 2010

8 jan 2010

jam 8.00 pagi:
naik motor kerumah seri, tinggal barang dalam kereta. kemudian terus ke FPI untuk kuliah dengan Dr Ideris Endut, sesi ta'ruf dan pengenalan madah.

11.00 pagi:
balik, tinggal motor rumah seri dan ambil kereta BFS terus balik ke Slim River.

1.00 tghari:
solat berjamaah Jum'at di Masjid Sultan Idris Shah II, khutbah tentang kalimah Allah. panjang giler....

3.00 ptg:
hantar anak-anak kesekolah agama.

5.30 ptg:
jumpa Amin kat kandang Pak Ali, bincang pasal duit. Amin minta jadi penceramah untuk malam selasa nanti. sambutan pelajar MSK.

Thursday, January 7, 2010

7 jan 2010

10.00 pagi:

berisap-siap untuk ke FPI, kelas hari ini bersama Dr.Ghafar Don. jam 11.00 di BSS3. singgah di kedai Printing untuk print maklumat peribadi. sampai di FPI singgah di cafe dulu untuk makan pagi dan tengah hari sekali (jamak taqdim). kemudian naik ke PSS serah borang maklumat peribadi. kemudian masuk kelas.

12.45 tengahari:
kelas selesai, balik dengan Arasz singgah ke Printing sekejap print result exam. kemudian minum dekat azura kedai makan. aku minum je.

1.20 tengahari:
lepak kat KIAM dengan arasz, sambil buat FB kat arasz.

4.20 ptg:
ke FPI balik untuk kelas dr Nureldeen. kelas di bilik Audio.

7.10 malam:
kelas habis, aku terus balik singgah di rumah seri, makan nasi gulai singgang ike ayo. lepas makan dan solat maghrib aku pinjam kereta exora seri untuk ke Kg.Pasir, ambik pasport bibit. dengan fathiah dan furqan.

Tuesday, January 5, 2010

6 jan 2010

5.00 pagi:
bangun dan mandi, bersiap-siap untuk bertolak ke Bangi. mulanya nak naik keretapi, tapi mikir bawak barang banyak, tukar planing naik BFS 131.

5.30 pagi:
bertolak dari rumah, singgah di petrol pump slim, isi minyak RM50.00, masuk tol Behrang, melalui jalan Duta. sampai di Bangi jam 6.45 pagi. lepas bawak naik barang ke bilik pergi rumah seri ambik motor dan tinggalkan sugho kat bibit. cermin motor tercabut dan minyak pun tinggal tak berapa banyak. balik ke KIAM makan roti sandwich dan buka internet sekejap.

8.50 pagi:
mata dah tak tahan ngantuk sangat, tidur duluuuu..

9.30 pagi:
ani call tanya macamana nak tengok gambar keri kat dalam laptop toshiba. lepas tu dah tak boleh tidur, bersiap-siap mandi kemudian turun untuk ke FPI.

10.50 pagi:
bertolak dari KIAM ke FPI, sampai disana jam 10.55 pagi. terus masuk kelas. rupanya kelas hari ini ialah jam 12.00 tengahari kerana Prof Madya Dr Ismail Bakar ada seminar di ILIM "wakaf dan harta pusaka".

12.00 tengahari:
Prof Madya Dr Ismail Bakar masuk dan lecturer.

2.00 petang:
kuliah selesai, pergi ke bilik Prof Madya Dr Ismail Bakar untuk beli buku. lepas tu terus balik ke KIAM dan makan. buka internet sekejap kemudian tidur.

5.45 ptg:
bangkit dari tidur, solat asar. buka internet sekejap dan kemudian mandi untuk ke surau an-nur.

7.19 malam:
solat maghrib di Surau An-Nur dan mendengar kuliah maghrib tentang hijrah oleh al-fadhil Ustaz Long Kecik, ceramah beliau banyak memberi kesedaran tentang kepentingan dakwah dan usaha dakwah yang dilakukan oleh rasulullah saw.

9.30 malam:
lepas solat isyak, balik dan turun ke kedai makan dekat rumah seri beli nasi goreng biasa bungkus, makan kat bilik. habis makan Azhan datang bincang pasal tudung.

5 jan 2010

pagi: anak-anak kesekolah, telefon Hayat untuk repair computer dia kata jam 10.00 baru buka CC. aku sambung tidur je la.

10.15 pagi:
start kereta honda dan drive ke Politeknik. sampai di CC kebetulan Hayat dah sampai. dia repair computer, aku buka blog dan update blog. Izat datang minta Hayat repair komputer dia kat rumah.

1.15 tghari:
Ani call minta hantar anak ke sekolah agama, dia ada mesyuarat di sekolah. selepas makan tengahari ajar syahmi tentang rukun Iman dan huraiannya.

2.40 ptg:
selepas solat zuhur hantar abe dan wi yang telah bersiap dari tadi. bawak kakak syamimi sekali. sampai di sana ustazah kata kelas belum mula lagi, minggu depan atau hari jumaat baru mula kelas. balik semula...singgah di Family Mart ingat nak beli remote control astro tapi takde, beli roti dan jem kacang, balik.

8.00 malam:
keluar dengan ani dan kakak ke Shah Alam, jumpa makcik je sekeluarga hantar amir (anaknya) depan UITM. sembang-sembang depan Plaza Perabot Shah Alam, sebelumnya terlepas ke syeksen 17, singgah di Pasar Malam beli goreng cempedak dan air jagung.

11.15 malam:
minta diri untuk balik, sebab besok pagi-pagi dah nak bertolak ke Bangi. sampai di Slim River lebih kurang jam 112.25 tengah malam. makan sugho mek kirim dari kelantan kat makcik je. eemmm lazattt.

Monday, January 4, 2010

4 jan 2010

hari ini merupakan hari pertama persekolahan bagi kedua anak-anakku, (Syahmi - tahun 3 dan Syazwi - tahun 1), agak excited juga la mereka terutama wi kerana dah lebih 5 tahun wi bersekolah dari taska 2 tahun, tadika 2 tahun hinggalah ke pra sekolah, pun dah dua tahun. dah banyak kali juga la wi terima sijil graduation.
Akhirnya hari ini wi dapat juga memulakan persekolahan di tahun satu. ma dan abah jugak la yang dah kantoi, dah la baru balik bercuti dari kampung (beribu-ribu jugak la habis, sebab masa balik lebih lama dari orang lain (adik beradik la). tambah pula bayar pembaharuan visa/permit bibit, tambah pakaian sekolah mereka berdua. yuran sekolah, di tambah lagi dengan yuran sekolah agama...fuhhh, jenuh nak mengira la.

10.00 pagi:
ke Politeknik, keluar duit di ATM Bank Islam RM 300.00, (kira kikis la tu) lepas tu lepak kat JPA sekejap sambil tengok surat-surat hutang yang dah bertimbun. maxis, kad Bank Islam, Celcom, dengan city bank yang dah satle bertahun pun sampai juga mintak balance dalam RM23.00 lagi, dari mana tak tahu la datangnya balance, dulu dah satle semua dah, sebab tu boleh tamatkan penggunaan kad tu.

11.30 pagi:
balik ke Slim River, ingat nak singgah kat kandang, ntah la. tak jadi la pulak. terus balik dan lepak di rumah sambil tengok tv.

12.10 tghari:
Hayat datang kerumah ambil PC, printer dan laptop untuk servis. (terlupa nak bagi charger laptop.

1.50 tghari:
budak-budak balik, siap-siap untuk makan tengahari, solat, rileks sekejap

2.45 ptg:
ke sekolah agama dekat Family Mart depan stesen keretapi Slim River, pendaftaran dua-dua anak, Syazwi RM128.20 untuk bayaran buku teks dan buku tulis termasuk sekali pendaftaran, sementara Syahmi RM133.80.

4.00 ptg:
balik dari pendaftaran, singgah pula di ATM AGRO bank, kikis lagi RM300.00

7.20 malam:
kemasjid Slim, Kuliah maghrib oleh Us. Zawawi Ismail, UM.

Sunday, January 3, 2010

3 jan 2010

9.00 pagi:
keluar ke Pasar Slim River, dengan Ani, Abe dan Wi. sambil nak beli lauk pauk sekali nak hantar abe tuisyen B.Inggeris. bawak Wi sekali dengan harapan kalau masih ada kekosongan nak daftar wi sekali.

10.00 pagi:
hantar Abe kat Pusat Tuisyen, dan daftar sekali wi. kebetulan ada kekosongan. balik dari pasar tengok astro 701. Astraulia wipeout.

12.30 tghari:
tolong ani kat dapur masak ikan bakar.

3.00 ptg:
tidur, bangun pukul 4.45 ptg.
tak kemana-mana hari ni kebetulan hujan.

2 jan 2010

dari pagi dok lepak kat rumah je, ani ke sekolah dengan wi. untuk ujian (test) kemasukan kelas tahun satu wi. pukul 11.15 pagi baru balik.

11.20 pagi:
aku keluar ke kandang pak Ali tengok anak lembu, Pak Ali ada sorang-sorang kat sana. bantu Pak Ali buat pintu kandang.

12.30 tghari:
balik ke rumah

5.30 petang:
keluar dengan Honda (BFS131) satu kelaurga termasuk bibit ke Proton City, main-main makan angin.

6.45 petang:
balik kerumah

1 jan 2010

9.30 pagi:
menaiki Kancil kerumah En.Shaiful di Kuaters Politeknik untuk mengambil borang SKT yang beliau ambil dari Biasiswa. berbual sekejap dekat parking kemudian keluar minum dekat simpang sungai Behrang. Sembang macam-macam hal.

10.45 pagi:
hantar shaiful ke kuaters, masa balik singgah sekejap dekat kandang jumpa Pak Ali, kebetulan Lembu Susu baru beranak. sembang-sembang sekejap.

12.15 tghari:
balik, Lan bagi perut lembu yang belum diproses, kebetulan pagi tadi ada sembelih sekor lembu, (u.razak) sembelih. beli kapur dekat kedai India di Pekan Slim 80 sen satu. balik basuh perut lembu dan rendam dengan kapur.

1.00 tghari:
ke Masjid Slim River solat jumaat.