Ruangan ini adalah sekadar catatan harian penulis. lebih tepat lagi...ianya adalah diari penulis, anda tidak digalakkan membaca blog ini. penulis menyediakannya kerana malas nak beli diari, itu je.

Thursday, May 27, 2010

27 May 2010

petang; keluar ke kebun pak ali, beliau tak ada, bersembang dengan Lan, ada sorang budak Indonesia baru start kerja hari ini.
lepas balik dari sana singgah di Pasar Malam Slim. beli durian, kerang, ikan Yu dan lain2. kemudian singgah di seng leong beli susu, beras pulut dan santan.

Wednesday, May 26, 2010

26 May 2010

1.50 petang:
keluar dengan honda ke Bangi untuk berjumpa dengan Dr.Razaligh berbinang tentang disertasi. sampai ke sana lebih kurang jam 3.10 petang. berhenti di kedai printing seksyen 3, print proposal kemudian ke UKM, sukarni telefon tanya tentang bibik. lepas sembahyang jamak baru naik jumpa doktor. ada banyak juga perubahan yang perlu di buat, habis perbincangan lebih kurang jam 4.45 ptg.


5.00 ptg:
keluar dari bangi menuju ke Slim river, melalui sg.besi. sampai di Tanjong Malim lebih kurang jam 6.10 minit

Tuesday, May 25, 2010

25 Mei 2010

malam, ada jamuan pelajar pusat Islam. jumpa andy, kumi, faizal redza dan pelajar JPPI.

Monday, May 24, 2010

24 May 2010

pagi, macam biasa, jaga anak di rumah, dan bayar segala bil.

Kad kredit, BANK ISLAM MALAYSIA -5422610000454525 RM252.67
BANK SIMPANAN NASIONAL BERHAD - 0310629859630054 RM150.00
Tenaga Nasional Berhad (Bill a/c : 20120065640706)RM94.00
Telekom Malaysia Berhad (Bill a/c : D208191830209)RM65.35
Maxis Mobile Sdn Bhd (Bill a/c : 816679682)- RM300.00
ASTRO (Measat Broadcast Network System) (Bill a/c : 0843888714)RM37.95
petang: keluar ke Tanjong Malim, ambil duit di Bank Islam RM1500.00 bayar kereta Exora RM796.00, kemudian ke AMBANK bayar RM222.00. Dr.Razaligh contact suruh buat appointment bila nak jumpa bincang pasal disertasi? kemudian bersetuju untuk berjumpa pada hari rabu jam 3 petang di fakulti PI, jab. dakwah. lepas tu ke jackel beli kain untuk tutup kereta RM24.00. balik, singgah di TF Value Mart, ani beli pampers anak2. lepas tu singgah kat slim, ambil selipar yang di jahit RM7.00. kemudian singgah kat family mart beli puting baby, alat tulis abe n wi dan kacip kuku.
5.35 petang:
ambil abe dan wi di sekolah agama. kemudian terus balik

23 May 2010

pagi, keluar ke Pasar pagi slim river, seorang diri. beli ayam 2 ekor, santan, ikan tongkol lembut sebelah, sayur2 dan makanan untuk anak2. lepas tu hantar abe dan wi kesekolah tusyen, hari ni cikgu tuisyen kata pembelajaran serentak sampai jam 12.00 sebab dia tak berapa sihat.

10.00 pg: keluar ke JPA, ambik surat2, kebetulan ada amin kat sana, sembang sampai jam 12.15 kemudian ke rrumah en.zul di Tanjong Malim, ada kenduri naik rumah baru.

petang: keluar ke kebun Pak Ali tanam pokok betik dan semai biji kuining. Pak Ali takde, lepas tu ambil puuk ubi dan pucuk cekok manis. balik dari kebun singgah kat tasik sekejap tapi takde tempat elok nak parking, terus balik kerumah. singgah di kedai india beli air batu.

22 May 2010

pagi ini En.Razak Takaful Ikhlas datang kerumah bincang pasal takaful pendidikan untuk syirazi. sembang sampai tengahari. lepas tu pergi ambil syahmi dan hantar syazwi ke pusat tusyen.
petang, keluar ke kedai ikan di kedai safura, beli ikan dan sawi serta sotong. kemudian ke kedai Aloha, beli roti anai kuah kari kambing dan mee goreng mamak

Thursday, May 20, 2010

21 May 2010

5.15 pagi:
bangun, bersiap2 untuk menunaikan solat subuh, dengar kuliah ust. tarmizi tentang nabi yusof dan 2 orang pemuda di dalam penjara dan tadbir mimpi. tak sempat habis kuliah balik lebih kurang dalam jam 6.45 pagi.khutbah jumaat hari ini tentang peranan bomba, boring dan membosankan


petang ke kebun pak ali, tengok kerbau dan lembu yang baru sampai.
malam: ke masjid Slim River

20 May 2010

kehidupan seperti biasa, pagi subuh, dengar kuliah dari ustaz tarmizi, masih dalam kisah nabi yusof dan zulaikha. petang ambil syahmi dan syazwi dari sekolah, singgah dekat pasar malam slim river, ma yang turun dengan wi. ingat nak pergi ke kandang tapi hujan pulak hari ni. cancel.

Tuesday, May 18, 2010

19 May 2010

5.30 pagi: kr masjid Sultan Idris Shah Slim River, solat subuh dan mengikuti kuliah subuh oleh u.tarmidzi, surah yusof ayat 23, kisah tentang bagaimana zulaikha menggoda n.yusof dan cobaan melepaskan diri beliau dari fitnah tersebut.

malam, solat maghrib berjemaah di masjid slim river, malam ni ada kuliah dari ustaz nor shukri, majlis agama slim tentang jual beli dalam islam. Khiyar

18 May 2010

petang, keluar dengan abe dan kakak, round2 sampai ke Behrang stesen. beli putu bambu dan cekodok. kemudian balik. sampai dirumah sekejap haya sampai bawa installer karspersky antivirus. install di laptop dan pc.

17 May 2010

petang, telefon Pak Ali, janji nak jumpa di kandang. pergi sana beliau tak ada (pergi slim beli makanan ayam), tunggu sekejap, sambil tengok budak-budak kerja bagi makan lembu.



lepas tu balik.

Sunday, May 16, 2010

16 Mei 2010

pagi: basuh kereta kancil, mama pergi pasar pagi slim river.

10.30 pagi: hantar Syahmi ke kelas tuisyen dekat BB belakang Petronas. lepas tu isi minyak kancil RM10.00. kemudian ke kebun Pak Ali janji nak tengok tanah, tapi beliau tidak sampai lagi. terus balik.
12.30 tengahari: hantar Syazwi pula ke kelas tuisyen dan ambil syahmi. jam 2.00 ambil syazwim jumpa cik gu dia dan bincang tentang pelajaran mereka.
petang: ke Tanjong Malim, mama beli hadiah untuk hari guru kawannya. balik, singgah di TF Value Mart.

15 Mei 2010

petang kekebun Pak Ali, beliau tak ade. Lan kata bawak anak2 ke Slim Village, Lan tengah tanam rumput napier.

petang ni ada lagi perut kambing 2 ekor.
6.45 petang: nizam jaga datang
7.00 petang: balik, kat pagar pak ali sampai, bersembang sekejap lepas tu terus balik. sampai di Masjid Slim River azan. berhenti solat maghrib di sini.
lepas solat balik rumah. janji dengan Hayat nak repair laptop kat rumah.
8.30 hayat datang repair laptop.

Saturday, May 15, 2010

14 Mei 2010

petang, ambik anak2 sekolah agama. lepas tu pergi ke ke kebun Pak Ali, kutip cabai dan proses perut lembu yang baru disembelih selepas jumaat oleh u.razak.

di sekitar Kebun Pak Ali

Wednesday, May 12, 2010

13 May 2010

pagi: dengar kuliah ustaz tarmizi di masjid slim river. ayat tentang meninggalkan mengikut orang zalim, perbanyakkan melakukan kebaikan.

kelihatan Ustaz Tarmidzi sedang menyampaikan Kuliah Subuh di masjid Sutan Azlam Shah II, Slim River.

12 May 2010

ptg, keluar ke family mart beli gunting rechargable. RM29.90. pergi dengan ma dan syairazi.

11 May 2010

kuliah maghrib di Masjid Behrang 2020. tajuk pelaksanaan solat mengikut sunnah Rasulullah saw. habis jam 9.10 minit

Sunday, May 9, 2010

8 Mei 2010

7.30 pagi:
keluar dengan menggunakan exora bersama anak2 untuk menghantar bik atiq ke pelabuhan Kelang, sampai di sana jam 9.10 minit pagi, asalnya janji dengan ocean starr tetapi dapat tawaran murah dari Millenium RM85.00 beli ticket Millenium. jadual keberangkatan jangkanya 12.00 - 12.30 tghari.

10.00 pagi:
jalan-jalan sekitar pelabuhan kelang, singgah di Masjid (lupa namanya) berhenti makan di sana. ada majlis pernikahan pagi ni di masjid ini. dalam jam 11.00 pagi bertolak balik ke Pelabuhan Kelang.

1.15 tghari:
baru di panggil masuk, hantar bik atiq masuk ke imigresen. lepas tu balik




gambar-gambar di sekitar Pelabuhan Kelang

7 Mei 2010

pagi:
ke kebun Pak Ali, tinggal kereta kat tepi jalan luar, sebab jalan becak sangat. pak ali ada sorang2 je, tengah cebis buah-buahan untuk diberi makan kat lembu. lepas tu bersembang dengan awek dia la. topik perbualan hari ni masih berkisar pasal politik, kesimpulan topik perbualan hari ini ialah "UMNO Jahat".

Pak Ali tengah berkhutbah


tengahari solat di Masjid Slim River, khutbah oleh ust Kamarul.
petang:
Keluar ke Tanjong Malim, tukar duit Rupiah RM400.00 dapat RP1.100.000.00 kemudian cuci gambar depan Public Bank RM4.20.
maghrib:
solat di masjid Slim dengan Syahmi dan wi.

Thursday, May 6, 2010

6 Mei 2010

9.30 pagi:
keluar ke Putrajaya dengan Honda, sebelum tu tukar minyak hitam kat Bengkel BBSR (belakang Petronas) Minyak Honda RM95.00. lepas tu terus ke Putrajaya melalui Sg.Besi, exit Tol UPM.

11.00 pagi:
sampai di Imigresen Presint 2, jumpa pegawai Imigresen melaporkan ttg maid yang tak lulus FOMEMA.
tarikh akhir maid adalah 4/6/2010.

11.45 pagi:
balik semula ke Slim River.

5 Mei 2010

Pagi rilex je kat rumah.

petang: keluar ke Farmasi beli ubat batuk dan ubat tak lalu makan di farmasi slim. lepas tu ke kebun Pak Ali, sembang2, tangkap ayam seekor sembelih di sana.

Tuesday, May 4, 2010

4 Mei 2010

7.00 pagi:
Keluar ke kedai bidah di wakaf aik beli nasik belauk 3 bungkus dan kuih RM2.00, semua sekali RM8.00.

8.00 pagi:
Keluar ke Wakaf Bharu,jalan agak jem atas jambatan, lebih2 lagi dari sebelah wakaf Bharu. sampai di Wakaf Bharu lebih kurang jam 8.30 pagi.

8.50 pagi:
ajak khairo hantar ke Lembah Sireh, ikut jalan pohon Tanjong.

9. 15 pagi:
sampai di Lembah Sireh. naik Bas duduk di seat 13, orang tak ramai.

9.30 pagi:
Bas bertolak, melalui kg Sireh, Tendong, Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli...sampai di Tasik banding lebih kurang jam 12.30 tengahari.

1.00 tghari:
Berhenti di Grikk, makan nasi dan solat zuhur.

3.00 petang:
sampai di Kuala kangsar. seterusnya bas singgah di Medan Gopeng, turunkan penumpang, yang ada atas bas untuk ke Tanjong Malim hanya 4 orang.

5.30 petang:
sampai di Slim River, ani tunggu kat situ.

3 Mei 2010

pagi: hantar fiji ke sekolah Arab Beris, balik ikut Pauh 9, singgah di kedai nasik belauk cabe 3 depan sekolah keb Tawang.

11.00 pagi:
keluar ke KB, singgah di KB Mall ambil duit RM300.00. lepas tu ke Lembah Sireh beli ticket Mahligai.

12.45 tghari:
ke Wakaf Bharu, singgah kedai mee Pak Sam. lepas makan, terus ke Kedai Mek, kemudian ke Chenderong Kubu.

3.00 petang:
hantar nyor colek di kedai mek, lepas tu singgah dekat gerai tokwe harun, pekena air tuak.

6.00 petang:
bersembang di depan rumah pak ngah


9.00 malam:
ke rumah Pak Him, tengok budak2 bersilat.


2 Mei 2010

4.30 pagi:
sampai di stesen bas Kota Bharu, rilex depan Telekom.

suasana di stesen bas KB waktu pagi


lepas tu pergi ke Masjid al-Baro'ah, solat subuh disana. lepas solat terlelap sekejap sampai jam 7.15 pagi. kota bharu masih sunyi, aku ke stesyen bas tunggu bas ke Wakaf Bharu untuk ambil van.

8.00 pagi:
menaiki bas ke wakaf bharu, RM1.50. jumpa ayah dan mek. lepas tu naik kena gulai serati tempat husin dan pekena sup matyi. sambil bersembang dengan husin dan matyi.

9.45 pagi:
bertolak balik ke wakaf Aik dengan vannate ayah.

di tepi sungai kelantan, Lembah Sireh



2.00 petang:
bersiap-siap untuk ke Pak Badol untuk melawat mak ji, tiba2 seri balik dengan furqan, ajak mereka sekali ke sana. sampai di rumah makji lebih kurang pukul 3 petang.

Pak Teh dan Mak Muda


Mak Ji di atas katil, masih boleh bercakap tapi dah tak kenal kami



5.00 petang:
balik ke Wakaf Aik, beli beko dan akok di Kg Kemudi (sedap), berenti beli buah timun cino di kg Sungai.

5.30 petang:
seri terus balik ke Badak untuk balik ke KL.