Ruangan ini adalah sekadar catatan harian penulis. lebih tepat lagi...ianya adalah diari penulis, anda tidak digalakkan membaca blog ini. penulis menyediakannya kerana malas nak beli diari, itu je.

Tuesday, May 4, 2010

30 april 2010

4.00 pagi:
bangun untuk mengulangkaji papper Tamadun Islam. lepas mandi terus simpan barang2 dan bawa turun ke dalam kereta. tunggu arasz sekejap kemudian lebih kurang jam 6.45 pagi turun ke syeksen 3, singgah di kedai Baling makan roti canai.

7.15 pagi:
ke FPI, lepak disana sementara menunggu peperiksaan di mulakan. al-hamdulillah, rasa macam 90 % dapat jawab. soalan berkenaan metode penulisan aliran madinah dan konsep falsafah dan teori sejarah.

10.45 pagi:
minum di cafe FPI kemudian bayar duit asrama RM880.00. selepas itu arasz ajak ke bangunan wawasan ambil borang. kemudian ke KIAM, arasz terus balik sementara aku serahkan kunci bilik.

11.45 pagi:
balik melalui jalan besi - jalan duta - PLUS. solat jumaat di Masjid Politeknik (megat jadi khatib) hari pekerja.

No comments:

Post a Comment