Ruangan ini adalah sekadar catatan harian penulis. lebih tepat lagi...ianya adalah diari penulis, anda tidak digalakkan membaca blog ini. penulis menyediakannya kerana malas nak beli diari, itu je.

Tuesday, June 29, 2010

30 Jun 2010

selepas solat subuh, masukkan pakaian dalam mesin basuh, lepas tu cuci kereta kancil, kemudian isi angin kancil di Petronas. lepas tu sapu sampah dalam rumah kemudian moop lantai.
mandikan anak, kemudian sidai pakaian di jemuran. lepas tu masukkan kain2 kotor pengelap lantai kedalam mesin, basuh sekali lagi.

ngadap komputer.
12.00 tengahari:
telefon Puan Norazlin Muharram dari jabatan Perangkaan Malaysia (03-88857230, tnya bancian penduduk di pekan Slim River. telefon ust arifin tanya sempadan qariah masjid slim river. kemudian hantar map dan data kepada pn norazlin melalui email norazlin@stats.gov.my,

6.00 Petang:
keluar dengan syairozi ke Tasik YDP Slim River, kemudian balik singgah di pekan lim beli top up prepaid celcom RM10.00




gambar2 di sekitar tasik YDP, Slim River


9.30 malam:
keluar ke R&R Slim, jumpa khalil. dia nak balik ke Temerloh, lepas minum kat sana hantar Khalil ke Stesen Bas Ekspress dekat Tol Slim.


29 Jun 2010

pagi:
solat subuh di Masjid Sultan Idris Shah II, sambil dengar kuliah subuh dari ustaz Tarmizi, surah Ibrahim ayat 24 tentang perumpamaan orang yang kukuh akidahnya seumpama pohon yang yang kuat tunjangnya dan berbuah setiap masa mengikut kehendak Allah.


lepak di rumah sahaja hari ini.

Sunday, June 27, 2010

28 Jun 2010

daftar thesis secara online. telefon arasz cerita tentang pendaftaran kursus dan thesis.

10.30 pagi:
ani balik kerumah sekejap, aku keluar ke Slim River, Tabung Haji keluarkan duit RM2000.00. kemudian masukkan ke akaun ani di Maybank RM500.00 untuk bayar bil2. kemudian ke Family Mart beli sabun basuh, sabun mandi dan colgate.

11.25 pagi:
sampai di rumah, bayar segala bil2 tak termasuk ansuran kereta.
Bil elektrik :RM 110.00
Bil Astro : RM 37.95
Bil Telekom : RM 62.00
Bil Maxis : RM 122.00
Mak : RM150.00

3.00 petang:
keluar dengan ani dan anak2, hantar abe dan wi ke sekolah agama, kemudian ke Tanjong Malim bayar duit kereta BKM 6648 RM800.00 kemudian ke AmBank bayar Kancil RM222.00, ada lagi hutang RM210.00. lepas tu ke BHL di Belakang UPSI beli earphone RM25.00.

balik singgah di TF ValueMart

8.20 malam:
bertolak ke rumah En Zul di Tanjong Malim dengan honda untuk solat hajat dan doa selamat (pembedahan isteri en.zul, kak ani) di hospital Selayang pada 30 jun 2010. lepas solat ada makan2 sikit sambil berborak dengan mokhtar.

11.00 malam:
balik ke rumah


27 Jun 2010

malam:
hayat hantar notebook, TOSHIBA. NB305.

Saturday, June 26, 2010

26 jun 2010

petang ke maybank Slim River, masukkan duit ke akaun firdaus RM1550.00 untuk pembelian Netbooks, lepas balik dari Slim bersiap-siap untuk ke masjid.

Friday, June 25, 2010

25 jun 2010

solat jumaat di Masjid Sultan Idris Shah II, hari ini hujan lebat sangat. khutbah di sampaikan oleh Imam tua.


selesai solat jumaat balik rumah dan selepas makan bergerak ke Majlis Agama Islam Daerah, janji nak jumpa Ustaz Arifin (Pegawai Penyelaras Masjid Daerah) untuk dapatkan maklumat tentang pegawai masjid Sultan Idris Shah II, Slim River. banyak dok bercerita dengan Ustaz Arifin tentang perlantikan dan organisasi masjid sekarang yang mana kedudukan penyelaras masjid sekarang bukan lagi di bawah Jabatan Agama Islam Negeri tetapi terus di Bawah Majlis Agama Islam. (maksudnya, kedudukan masjid terus berada di bawah pemantauan Yang Mulia Sultan Perak.)

4.45 ptg:
balik ke rumah sekejap, tukar kereta (Kancil ke Honda) keluar pula ke CC Politeknik jumpa Khalil dan Firdaus ajak mereka ke BHL Tanjong Malim, tinjau2 Netbook.
Minta Firdaus tolong belikandi Ipoh, model yang sama tetapi colour brown atau merah. kemudian pekena nescafe tarik dan cepati kat kedai mamak sebelah, khalil belanja.

6.45 petang:
Balik, hantar khalil di Politeknik. kemudian singgah solat maghrib di Masjid Sultan Idris Shah II, Slim River.

Wednesday, June 23, 2010

24 jun 2010

pagi:
solat subuh di masjid Slim River, dengar kuliah subuh dari ustaz Tarmizi, surah ar-ra'd dan sedikit dari surah Ibrahim


suasana di hadapan rumah, sekitar jam 7.00 pagi

Malam:
Kuliah maghrib di Pusat Islam sempena Minggu Suai Kenal (MSK jun 2010) tajuk: Peranan Muslim sebagai penggerak dakwah

9.00 malam:
habis kuliah, solat Isyak kemudian keluar makan dengan Yusof, Nasir, Firdaus dan Zawawi di Selisik depan sekolah agama.

11.00 malam:
balik kerumah.

Tuesday, June 22, 2010

23 jun 2010

jam 5.25 pagi:
bangun, mandi dan bersiap2 untuk ke Pusat Islam PSAS, sampai di sana kebetulan baru Iqamah.
pagi ini menyampaikan kuliah berkenaan qisah "Ashabul Ukhdud", untuk pelajar MSK 2010. jam 7.00 pagi selesai kuliah subuh.

petang:
ke Kandang, jalan2 dan sembang2 dengan pak ali, lan bagi jering.

balik dari kandang singgah di Family Mart beli maggi kakak 4 bungkus besar dan kicap

22 jun 2010

hari ni macam hari-hari yang lain, meneruskan rutinitas harian, mengemas rumah, membasuh dan menyidai pakaian, mandi anak2 dan lain-lain.
apa yang penting hari ini adalah result final exam UKM keluar. dapat 1 A dan 3 A-, jadilah...berbaloi la dengan usaha yang sekadar.

DAKWAH DAN IDEOLOGI MODEN A (Dr Ghafar Don)
SEMINAR KEPIMPINAN ISLAM A- (Dr Ideris Endut)
METODOLOGI PENGKAJIAN SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM A- (Dr Ismail Bakar)
METODOLOGI DAKWAH DALAM AL-QURAN A- (Dr Nureldeen Sholah)

Izat telefon, kata dia dapat HLP.

Petang:
En.Yusof Call mintak kuliah subuh di Pusat Islam besok.

Sunday, June 20, 2010

21 jun 2010

kembali dengan tugas2 biasa, anak isteri ke sekolah, takde kerja nak buat pagi lap2 kereta.

lepas tu cuci pakaian dan sidai




anak-anak bangkit dari tidur, mandikan mereka dan bagi makan.



Pakda Weil telefon tanya khabar, dia baru lepas konvokesyen di PWTC 19 jun lepas. Che Musa pun telefon tanya tentang result exam. Ariyanti telefon tanya pasal borang. sambil-sambil tu semak thesis, merangkak2 buat.

maghrib:
ke masjid Slim River, malam ni ada kuliah ustaz Zawawi Ismail

Saturday, June 19, 2010

20 jun 2010

7.30 pagi:
keluar dengan kancil ke kebun Pak ALi, bawa anak pisang berangan tinggal di sana. ambik Pak Ali ke Sg Behrang jalan H no 5.berbincang pasal jual beli tanah. pekena nasi lemak rumah tuan tanah. beliau letak harga RM180.000.00 untuk 3 ekar. tanah ni tak berapa sesuai untuk buat rumah, kalau nak buat kandang mungkin ok la kot.

8.40 pagi:
balik ke kandang, ambik betik. sembang2 disana sekali dengan budak Indon.

lepas tu balik ke rumah, budak indon tumpang sampai di klant hall. ambik ani di rumah pergi ke pasar pagi. beli ayam, ikan keli dan sayuran. kemudian balik kerumah

19 jun 2010


8.00 pagi:
basuh kereta, kancil, exora dan Honda.

12.00 tengahari:
keluar lagi ke Tanjong Malim, bawa laptop ke BHL sebab beli bluetooth tapi tak detect. sekali dengan beli dakwat printer HP. beli racun lipas di CNI Tanjong Malim, lepas tu ke Bank Islam nak masuk duit kepada Azhan tapi tak berjaya.

18 jun 2010

9.00 pagi:
keluar ke Tanjong Malim, ani tampal gigi.

tengahari solat jumaat di Masjid Sultan Idris Shah II, Slim River.

malam:

bawak anak2 ke Tasik YDP Balun, ada permainan keluarga. syahmi dan wie naik raga pusing.

17 jun 2010

6.30 pagi:
bertolak dari hotel balik ke Slim River melalui jalan Klang, sungai Buloh exit Tanjong Malim. beli roti canai di Aloha Balun, sampai di rumah jam 8.40 pagi.

ptg: ke kebun, sembelih ayam seekor, gali kunyit, kutip lada, dan pucuk ubi.

16 jun 2010

bersiap2 untuk sambungan kursus hari ini, makan pagi. kursus pagi ini tentang anova, cara nak menganalisis, regrassion dan macam-macam lagi. selain dari tu buat latihan kumpulan.

tengahari:
bagitahu urusetia, nak balik dari kursus, maknanya kursus untuk besok tak dapat hadiri. urusetia minta agar dimaklumkan kepada pembimbing. tengahari waktu makan kat cafe, maklumkan kat pembimbing.

balik dari kelas, sebelum masuk bilik bersembang dengan ustaz zamri PD, depan bilik 217. selepas mandi dan solat bergegas pula untuk ke kelas pada jam 2.35 petang.

habis kelas jam 6.00 petang,
6.30 petang:
makan malam, kemudian round2 tepi kolam, aryanti telefon tanya tentang pengisian borang

lepas tu round2 di tepi pantai belakang Impian Hotel dengan ustaz zamri PD

15 jun 2010

pagi:
selepas solat subuh terus bertolak ke Morib, isi minyak exora di Petronas Pump Slim River RM50.00. masuk highway Behrang kemudian menyelusuri highway guitherie exit Shah Alam, ambil jalan lama Kelang, kemudian menyusuri Banting.

8.30:
sampai di Impian Hotel Morib, singgah minum dulu di cafetaria. berkenalan dengan budak Kulai.

8.45 pagi:
baru masuk bilik kursus.
kursus SPSS, yang basic je, itu pun jenuh nak memahaminya, pembimbing Doc Hairi, dari Kerdau. mudah di fahami. dok hotel biasalah, makan tengahari, minum petang dan malam. bilik sekali dengan Kamal bahagian pengurusan pengajian Tinggi dan Hainol JKM, kelas sampai jam 6.00 petang.

14 jun 2010

selepas sembahyang subuh, bertolak balik, tapi singgah kerumah pak long dahulu, aku sekeluarga, pakteh dan maksu sekeluarga. pukul 7.00 pagi, keluar ke kedai pak nik, makan nasi di sana beramai2.



lepas makan singgah di Petronas Mengkarak isi minyak RM50.00. dari temerloh lebih kurang 8.30 pagi, sampai di Tanjong Malim lebih kurang jam 11.00 pagi. ani bawa syazwi ke Hospital wad kecemasan, tangan wi kena simen.
tengahari, telefon ji tanya tentang nak ke Morib, bagitau ji aku kena bertolak pagi besok.

13 jun 2010

selepas solat subuh, bersiap2 untuk ke rumah Pak Long, hari ini kenduri di rumah Abah, pagi sebelumnya keluar ke kedai sebelah PPD beli gillate. kemudian jumpa mat jien di depan PPD. makan pulut gaul nyor dan ikan kering dengan mail, meli, zahar dan budak2 di bawah khemah. lepas tu tolong siap2kan apa yang patut.
kemudian pergi kerumah tumpangan (rumah koi)lepak2 di sana. balik dengan basikal ke PPD.

kemudian ajak ani keluar ke Pekan Kerayong, cari gula di Kedai runcit Kerayong. dapat 6 kilo.

12.00 tengahari:

undangan mula berkunjungan. sampai jam 3 tengahari, pengunjung tak putus2 sampai. ramai boleh tahan.
petang:
lepak di homestay, ramai2 kat sana, kemudian aku bahagi2kan daging 6 bahagian. lepas tu keluar ke rumah pak long sekejap.
malam:
sewaktu pakda dan pakngah nak balik mat wi terjatuh kedalam longkang, serpih tulang tangan, deris kawan paklong datang urut.
balik tidur di PPD, maksu sekeluarga datang kongsi bilik

Friday, June 18, 2010

12 jun 2010

pagi:
keluar ke Kerayong cari Maggi untuk Syamimi, sampai kat Masjid lama Kerayong baru ada yang buka kedai. ambik air masak di rumah paklong, Pakngah, hafiz, faiz, ada baru sampai pagi tadi, naim dengan ja dan pokdik sampai malam tadi, lepas hantar Maggi di PPD, kerumah Paklong semula kemudian ke Kandang cik gu Mail dengan Abah, meli, mail dan abe syahmi dengan kereta abah. zahar dan budak2 ikut sama. aku ambil daging batang pinang satu, suruh mail simpan dalam keretanya.

11.00 pagi:
bersiap2 untuk ke sebertak, belarok abe. jumpa nik Hadi, penyelia petang masa di Bandar 32, dulu.

2.30 ptg:
balik dari Sebertak rilex di PPD sekejap.

malam: keluar ke Tunas Jaya, beli pampers, susu dan gula (dapat sekilo sahaja), lepas tu singgah kat kedai runcit depan sekolah menengah Kerayong, beli gula dapat 6 kilo