Ruangan ini adalah sekadar catatan harian penulis. lebih tepat lagi...ianya adalah diari penulis, anda tidak digalakkan membaca blog ini. penulis menyediakannya kerana malas nak beli diari, itu je.

Friday, June 25, 2010

25 jun 2010

solat jumaat di Masjid Sultan Idris Shah II, hari ini hujan lebat sangat. khutbah di sampaikan oleh Imam tua.


selesai solat jumaat balik rumah dan selepas makan bergerak ke Majlis Agama Islam Daerah, janji nak jumpa Ustaz Arifin (Pegawai Penyelaras Masjid Daerah) untuk dapatkan maklumat tentang pegawai masjid Sultan Idris Shah II, Slim River. banyak dok bercerita dengan Ustaz Arifin tentang perlantikan dan organisasi masjid sekarang yang mana kedudukan penyelaras masjid sekarang bukan lagi di bawah Jabatan Agama Islam Negeri tetapi terus di Bawah Majlis Agama Islam. (maksudnya, kedudukan masjid terus berada di bawah pemantauan Yang Mulia Sultan Perak.)

4.45 ptg:
balik ke rumah sekejap, tukar kereta (Kancil ke Honda) keluar pula ke CC Politeknik jumpa Khalil dan Firdaus ajak mereka ke BHL Tanjong Malim, tinjau2 Netbook.
Minta Firdaus tolong belikandi Ipoh, model yang sama tetapi colour brown atau merah. kemudian pekena nescafe tarik dan cepati kat kedai mamak sebelah, khalil belanja.

6.45 petang:
Balik, hantar khalil di Politeknik. kemudian singgah solat maghrib di Masjid Sultan Idris Shah II, Slim River.

No comments:

Post a Comment