Ruangan ini adalah sekadar catatan harian penulis. lebih tepat lagi...ianya adalah diari penulis, anda tidak digalakkan membaca blog ini. penulis menyediakannya kerana malas nak beli diari, itu je.

Monday, June 7, 2010

7 Jun 2010

solat subuh di Masjid SLim River, habis solat terus balik, tukar kasut dan terus bertolak ke Tanjong Malim dengan Kancil, 6.40 sampai di Stesen TM. beli tiket pergi balik ke UKM RM12.00. naik komuter dari TM jam 5.50 ke Rawang, sampai Rawang tunggu shutle ke KL Sentral.

dari KL Sentral ambil komuter ke Seremban, sampai di UKM lebih kurang jam 10.10 pagi.

10.15 pagi:
Ustaz Suhaimi datang jemput, singgah makan dekat IPG, makan lontong. lepas tu melalui jalan depan sekolah Abu Bakar Baginda ke Putrajaya (JAKIM). Kompleks D, D5 naik ke bahagian KESUMA jumpa Ust Roska, ambil bahan2 untuk Tesis. lepas tu ke bahagian Penerbitan D9, tempat edaran.





12.30 tghari:
balik dari Putrajaya, exit Kajang. makan tengahari di seksyen 7 restoren nasi belauk. lepas tu ust Shuhaimi hantar ke stesen Komuter UKM.

3.00 ptg:
naik komuter ke KL sentral, sampai di sana mintak duit dari kaunter tiket sebab tiket pergi balik tak boleh guna disebabkan ada masalah komuter ke Rawang ada keretapi tergelincir. naik teksi ke jalan Hang Tuah RM7.60. berhenti solat jamak di stesen jalan Hang Tuah, dari sana naik bas menuju ke Tanjong Malim.


6.15 petang:
sampai di Tanjong Malim, dari stesen bas berjalan menuju stesen komuter, ambil kereta.



7.00 petang:
sampai di rumah.

No comments:

Post a Comment