Ruangan ini adalah sekadar catatan harian penulis. lebih tepat lagi...ianya adalah diari penulis, anda tidak digalakkan membaca blog ini. penulis menyediakannya kerana malas nak beli diari, itu je.

Sunday, February 28, 2010

28 Feb 2010

keluar ke slim river ambik syahmi tuisyen, sambil bawak kakak ke klinik (wad kecemasan - tarik) dr. mintak datang besok. hari ni dok dirumah saja.

Saturday, February 27, 2010

27 Feb 2010

keluar ke Tanjong Malim dengan Ani, tempah banner maulid sksr depan KFC TM. habis tempahan singgah di Grand Union TM, lepas tu balik dan singgah di TF Value Mart. jumpa Helmi anak en.hanafi, beli gelas 60 biji. masa balik jumpa dgn en.hanafi sedang jual air tebu depan TF. balik singgah di stesen keretapi slim beli ticket pergi balik ke Bangi, pergi petang selasa dan balik petang jumaat. pergi dengan train klas ekonomi, balik kelas 2.

Wednesday, February 24, 2010

25 feb 2010

8.00 pagi: keluar ke kedai makan seksyen 1 (kedai nasi belauk) makan kat sana, dok meja sebelah masa tu hakim (kawan masa di pondok moden dulu)tapi tak perasan. lepas makan dok bersembang ngan dia. pagi ni makan Hakim belanja.

10.45 pagi:
arasz telefon ajak ke FPI naik kereta dia.

11.00 pagi:
lepas letak beg dalam kelas turun minum dulu kat cafe FPI, minum air tebu je.

11.20 pagi:
masuk dr baru mula kelas. ada pembentangan oleh en.khalid dan pelajar dari indonesia tentang liberalisme.


12.45 tengahari:
pembentangan selesai. terus balik dengan arasz, tapi singgah dulu di kedai makan. arasz tukar bulp lampu kereta dia (terbakar), aku telefon en.zul JP (panel kesepakaran) tentang fail kenaikan pangkat, dia kata yang aku punya ada sedikit masalah jugak la. lepas tu makan nasi sup urat keting, RM8.50 sekali dengan teh o ais.

1.20 ptg:
balik ke KIAM, terus buka internet.

4.45 ptg:
ke FPI, kelas Dr Nureldeen "Keutamaan Bahasa Arab" Pembentangan "I'lam" Arasy dan Zamri.

7.20 malam:
Kelas selesai, aku letak motor dirumah faiz, kemudian berhenti minum dekat warung mamak dengan arasz.

8.27 malam:
naik komuter ke KL sentral. sampai di KL sentral lebih kurang 9.00 malam

9.10 malam:
sepatutnya train bertolak jam 9.10 malam tetapi ada masalah teknikal, ditunda hingga jam 10.30 malam.

10.30 malam:
baru bertolak dari KL sentral ke Slim River.

24 Feb 2010

5.45 pagi:
ke stesen slim dengan ani. naik train ke kajang, masa nak naik train hujan turun. solat subuh dalam train. sampai di kajang jam 8.15 pagi

8.30 pagi:
naik komuter ke UKM , sebelumnya jumpa azhan baru sampai dengan keretapi. dari stesen ukm naik kereta sewa ke KIAM RM7.00, (kalau ikut meter baru 5.00 rasanya). ambil motor ke kedai nasi blauk bungkus dan air teh tarik. beli mineral water satu, balik...makan kat KIAM.

10.45 pagi:
bersiap-siap untuk ke FPI kelas dr ismail. kelas hari ni tentang perbezaan pensejarahan madinah dan iraq.

12.45 tengahari:
jumpa dr nuruddin ambil makalah untuk photocopy, kemudian jumpa ustaz othman talib bincang pasal proposal.

1.15 tengahari:
singgah di kedai photostat, lepas tu makan dengan arasz kat kedai masakan baling. lepas tu terus balik KIAM, buka laptop sekejap lepas tu tidor.

7.20 malam:
ke surau annur, ada kuliah ustaz nasruddin tantawi tentang gerak kerja dalam gerakan islam, jihad dan sabar (ulasan tentang tafsir surah al-imran ayat 142 - 148)

22 Feb 2010

hari ni ke PSAS untuk hantar borang kenaikan pangkat, jumpa Lia serahkan fail. lepas tu singgah kat kandang pak ali, pak ali bagi labu.

21 Feb 2010

ke pasar slim cari bekalan makanan. ajmain telefon, lepas tu pergi ke PSAS jumpa ajmain ambil fail persatuan. balik hantar syahmi dan wi ke sekolah tuisyen. photostat dokumen untuk masukkan ke dalam dail borang kenaikan pangkat.
12.20 tengahari:
ambil abe dan wi dari sek tuisyen, lepas tu pegi rumah cikgu mior kenduri anaknya. makan2.

20 Feb 2010

10.00 pagi:
pergi ke kandang jumpa pak ali untuk berjumpa broker jual rumah di R&R slim. minum dekat R&R dan jumpa broker pak hasan. lepas tu terus ke klang halt 2 tengok rumah RM120.000. rumah pattern lama. pada dasarnya sanggup tapi kena fikir dulu sebab ada 2 bilik je. tanah luas.
lepas tu ajak ani ke sg behrang makan kenduri di jalan B. jumpa raja latif di sana.

19 Feb 2010

ke sekolah ani, tolong masukkan data, lepas tu ke tanjong malim, bayar hutang kereta bkm dan cau. masa balik dari tanjong singgah dekat kandang, kebetulan ada sembelih lembu 3 ekor. dapat perut dan daging batang pinang. (kenduri di sg behrang dan slim river) solat jumaat di masjid slim river. habis solat ada mesyuarat pusat islam kat jabatan perdagangan di PSAS. bincang tentang minit mesyuarat lepas dan tentang sambutan maulidur rasul.

18 Feb 2010

ke politeknik jumpa dengan syidah untuk hantar borang kenaikan pangkat, mintak kak an semak. buat pembetulan sikit pada borang PSD. kak an kata boleh hantar hari isnin nanti

17 Feb 2010

Ke Politeknik hantar sambung buku library.

16 Feb 2010

9.30 pagi:
keluar ke Politeknik, releks kat pusat islam layan internet.

12.00 tengahari:
balik, budak-budak dah bersiap nak gi ke Sungai Bill.

1.45 ptg:
bertolak ke Sg.Bill. masak (goreng nudget, kentang, keropok dan KFC) kat sana. lepas tu mandi2 dengan syahmi dan syazwi.

5.00 petang:
balik ikut Proton city.

15 Feb 2010

9.30 pagi:
bersiap-siap satu keluarga untuk ke Melaka, cuti-cuti Malaysia. isi minyak dekat Petronas Slim RM50.00, melalui tol jalan duta, masuk sg besi, terus ke nilai, singgah di Petronas dekat Highway Seremban. isi minyak pulak RM50.00

1.00 tengahari:
Singgah di Pantai Port Dickson, Teluk Kemang. lepas tu singgah dekat eagle ranch resort di Teluk Kemang. lepas tu ke Melaka melalui jalan lama. ikut rembau, alor gajah, tersesat ke Kota Negeri Sembilan.

4.00 petang:
sampai di Melaka dan singgah pulak di Tanjong Bidara. anak-anak mandi. sembahyang jamak zuhur dan asar, habis tu terus pula ke Bandaraya Melaka. pusing-pusing kota melaka.

7.25 malam:
balik melalui tol air keruh.

8.45 malam:
sampai di Bangi, dalam perjalanan memang jem teruk dari seremban ke Bangi. singgah pekena satay kajang samuri di Bangi seksyen 1.

10.00 malam:
bertolak balik ke Slim River, singgah isu petrol di Petronas bangi RM50.00, balik. very3 mengantuk, singgah di R&R Rawang. rehat sekejap lepas tu bergerak pulak. tak tahan ngantuk, rasa macam dah tertidur pun masa drive tadi...then singgah pulak di R&R Behrang. lepas tu bergerak keluar melalui tol slim river.

12 Feb 2010

8.00 pagi:
arasz datang ambil, lepas tu pergi ke seksyen 1, makan nasi belauk. (kedai biasa). habis makan terus ke FPI untuk kelas Dr. Ideris Endut. hari ni Dr. ada mesyuarat fakulti tentang exam, kelas sekejap sahaja.

9.15 pagi:
kelas tamat, aku dan arasz terus jumpa Dr Syukri Yeoh, bincang-bincang tentang tajuk propposal, beliau mintak aku buat berkenaan "tahqiq manuskrip yang ditulis oleh as-Syeikh Abdul Rauof as-Singkili. lepas bincang-bincang lebih kurang pukul 10:45 aku keluar, kemudian ke kedai cenderamata sambil tunggu arasz. beli hilighter nak bagi kat ani.

11.15 pagi:
ke stesen komuter dengan arasz, ambik ticket dari UKM ke T.Malim. tukar train di Rawang, sampai di Tanjong Malim pukul 2.15 petang. Ani datang seorang.

Wednesday, February 10, 2010

11 Feb 2010

5.00 pagi:
bangun, mandi bersiap-siap untuk ke Kajang.

5.40 pagi:
ani dan kakak hantar ke stesen slim river. 5.56 minit, KTM sampai. terus naik dan ....ke kajang tepat jam 8.07 minit. dari kajang beli tiket komuter ke UKM 8.22. sampai di UKM 8.30 pagi. berjalan kerumah faiz ambik motor.

8.45 pagi:
singgah di FPI, call Dr Nurudeen, dan jumpa dia kat biliknya. ambik kertas untuk perbahasan dan perbincangan untuk di photostat. terus balik ke KIAM dan singgah di kedai makan biasa, beli nasik belauk ayam goreng.

kelas dr ghafar don cancel hari ni

4.15 ptg:
keluar ke kedai printing, photocopy kertas perbincangan dr. nureldeen 20 copy, RM5.00, sambil makan dekat azura restoren (mee goreng dan teh o ais + limau)

4.55 ptg:
masuk kelas, perbincangan hari ini berkenaan kedudukan hadits nabi dalam hujjah syara' selepas selepas al-qur'an.

7.25 ptg:
balik ke KIAM, isi air botol dekat seksyen 1, lepas tu singgah beli nasi ayam bungkus. kemudian balik ke KIAM.

10 Feb 2010

8.30 pagi:
ke Pusat Islam, buka internet. telefon amin minta bawak gambar-gamabar semasa pengurusan jenazah. lepas tu ke cc print color dokumen inovasi pengurusan jenazah. Arasz telefon bagitau dr ismail cancel klas hari ni. hahaha...selamat aku.

11.30 pagi:
ke JPA, cari k.an tapi beliau kursus kat ULPL.

1.25 tengahari:
ballik. singgah kat kedai di R&R slim beli air kelapa muda untuk syahmi demam campak. lepas tu singgah kat slim river, masuk maybank cucuk duit cimb RM500.00. beli iron / sterika RM60.00.

6.00 petang:
keluar ambik telefon yang di repair kat slim river, ken RM80.00, lepas tu beli sony ericsson RM280.00. bagi kat ani sony yang lama. beli roti, gandum dan gula kat pasar depat padang slim.

9 Feb 2010

6.50 pagi:
bertolak ke Tanjong Malim, parking depan stesen KTM, beli tiket RM8.90 untuk ke UKM.

8.45 pagi:
sampai di UKM, ambik motor terus ke kedai printer, photostat sijil dan print dokumen. lepas tu pergi ke FPI cari dr Fariza untuk sign borang pengesahan. selepas tu terus ke stesen komuter, jumpa u.mazlan hantar isterinya.

11.37 pagi:
komuter dari seremban sampai, naik dan balik ke tanjong malim.

8 Feb 2010

7.50 pagi:
singgah di Admin ambik dokumen yang Lia sediakan. kemudian ke Pusat Islam, kemudian pergi ke cc ambik PC yang belum di repair lagi oleh khalil. siapkan borang-borang kenaikan pangkat.

10.30 pagi:
syidah nak jumpa kat JPA, turun kesana bincang pasal bahan-bahan yang nak disiapkan.

12.00 tengahari:
balik.

6.00 petang:
ke TF Value Mart dengan ani dan kakak, beli seluar dan barangan lain.

7 Feb 2010

8.50 pagi:
ke Pusat Islam, buat kerja-kerja untuk kenaikan pangkat. sampai zuhor, solat zuhor berjamaah di Pusat Islam.

1.40 tghari:
khalil datang, kami ke T.Malim, bawa honda. makan nasi dikedai ikan bakar ketoyong.

3.00 ptg:
balik, singgah di cc khalil bagi cd kosong 3 keping.

6.00 ptg:
keluar dengan ani dan syamimi round2 ke behrang stesen.

5 Feb 2010

7.30 pagi:
bertolak ke FPI setelah berkemas-kemas barang-barang untuk pulang. Kuliah Dr Ideris Endut tentang "kepimpinan dalam dunia Islam sekarang dan akan datang, oleh wahbah az-zuhayli"

10.15 pagi:
naik komuter ke KL central, beli tiket shutle ke slim river. berbual-bual dengan pakcik dari kampar. jam 1.00 tengahari naik train ke Ipoh. sampai di Slim River lebih kurang jam 2.30 petang. sambil hantar anak ke sekolah agama.

4 Feb 2010


11.00 pagi: sebelum masuk kelas jumpa Dr. Nureldeen ambil makalah untuk di photostat, kelas bersama dr ghafar Don. hari ini pembentangan berkenaan tajuk "Orientalisme dan impaknya terhadap masyarakat muslim" oleh Intan norfarhana, siti zanariah dan nabilah.

12.20 tghari:
kelas selesai, aku balik dan singgah di kedai photostat seksyen 3. selesai print terus balik dan singgah di kedai makan di depan shell.

5.00 petang:
ke FPI dengan kereta arasz sebab hujan lebat. perbahasan hari ini berkenaan "kenabian dan nabi-nabi di dalam al-Qur'an".

7.30 malam:
Arasz hantar ke KIAM, lepas solat terus ke Kedai makan depan shell makan nasi goreng Pataya.

Wednesday, February 3, 2010

3 Feb 2010

5.40 pagi:
ani hantar ke Stesen Train Slim River, train datang lambat hari ni. aku solat subuh dulu di stesen. jam 6.25 baru bertolak dari stesen. sampai di Kajang dah dekat jam 9.00 pagi.

9.00 pagi:
naik komuter ke UKM, singgah di rumah faiz ambil motor. berbual-bual sekejap dengan faiz dan kawan-kawannya.

9.20 pagi:
beli nasik belauk di kedai sup keting. isi minyak dekat shell RM3.00.

10.50 pagi:
ke kelas Dr. Ismail Bakar, konsep pensejarahan Islam. habis kuliah jam 1.45 tghari, ingat nak jumpa Dr Nureldeen tapi beliau takde.

1.55 ptg:
balik dan singgah di kedai makan Azura, makan nasi sayur cendawan dan telur masin + air sirap. habis makan singgah di Shell beli air mineral dan air soya kotak besar.

7.25 malam:
ke Surau an-Nur, malam ni kautsar yang ceramah, kawan masa MPI dulu. pasal bab zina.

2 Feb 2010

8.45 pagi:
ke Library PSAS, baca-baca buku dan pinjam buku. lepas tu singgah di JPA. sembang-sembang, makan roti dan pisang.

12.00 tengahari:
keluar ke kandang dengan Amin, Amin bagi duit RM500.00. sembang-sembang di kandang dengan Pak Ali.

1.00 tengahari:
ke kedai makan di R&R slim river amin belanja.

1.25 tengahari:
ke Poli balik untuk ambil kereta. terus balik, ambik kakak bawa jalan-jalan, kemudian ke sekolah ambil anak-anak.

3.00 petang:
hantar Syahmi ke sekolah, katanya ada sukan. aku terus ke Tanjong Malim, ambil telefon yang tak direpair. masa balik singgah di TF Value Mart beli pagar baby safety RM139.00. beli gula dan buah limau cina satu kotak.

7.30 malam:
ke Masjid Slim River.

1 Feb 2010

9.30 pagi:
ke Politeknik, sebelumnya singgah di Pekan Slim RIver ambil duit, ingat nak singgah di Library tapi penuh sesak parking takde. terus ke Pusat Islam. Print dokumen untuk kenaikan pangkat.

12.00 tengahari:
singgah kat kandang, jumpa Pak Ali sorang-sorang dok di kandang. balik singgah di pekan Slim beli ticket train untuk ke Kajang (rabu) tempat duduk macam biasa 2c. hantar kasut untuk di repair. bayar deposit RM10.00

2.45 petang:
hantar anak-anak ke sekolah agama.

5.45 petang
ambik kasut RM25.00, ani gi ambik anak-anak. lepas tu bawa anak-anak berjalan-jalan ke Trolak. singgah beli air di Trolak Jaya (sebelah MRSM).

29 jan 2010

8.00 pagi:
bersiap-siap untuk ke kelas Dr.Ideris Endut. masuk kelas jam 8.35.

10.45 pagi:
kelas selesai, ke kantin FPI, telefon Arasy ajak minum di kantin. makan laksa penang. bersembang dengan DR. Syukri Yeoh. bagi tajuk thesis kepada didi. Ada budak-budak buat demonstrasi tak puas hati pasal pilihanraya kampus. ikut budak-budak ni sekejap dengan ustaz Mazlan.

12.30 tengahari:
balik ke KIAM.

12.45 tengahari:
Ust. Mazlan datang untuk ke Masjid/surau An-Nur, sebelum solat jumaat ada kuliah oleh ustaz Azhar Ali.

3.30 petang:
bertolak dari KIAM, singgah di rumah seri ambik kotak tudung. lepas terus ke rumah Faiz, letak motor disana dan berjalan kestesen komuter. beli tiket ke Kajang. sampai di Kajang, tanya tiket train untuk ke Slim River rupanya dah habis. ambik tiket komuter ke t.Malim.

5.15 petang:
baru bertolak dari Kajang, terpaksa berdiri sampai di KL sentral baru boleh duduk. sampai di Rawang terpaksa menunggu komuter ke t.Malim.

8.20 malam:
baru sampai di Tanjong Malim, ani dan anak-anak tunggu, singgah solat di Masjid Tanjong Malim. balik.

28 jan 2010

10.00 pagi:
ke FPI, awal sikit, lalu ikut DEKTAR, nak tengok pc fair, tapi tak buka lagi. ke FPI ingat nak jumpa PA, tapi tak datang pulak. dok tunggu Dr. Ideris Endut, ingat nak tanya dan bincang pasal tajuk disertasi tapi nampak macam sibuk pulak.

11.00 pagi:
kuliah Dr.Ghafar, pembentangan "Globalisasi" kumpulan ustazah, najwa, zaihan dan ??.

12.45 tengahari:
balik, ke KIAM. tidur..

4.30 ptg:
ke FPI pulak, ada kelas Dr.Nureeldeen, kena buat pembentangan. tajuk "khutbah" dengan ustaz Che Musa. kelas habis jam 7.15 malam.