Ruangan ini adalah sekadar catatan harian penulis. lebih tepat lagi...ianya adalah diari penulis, anda tidak digalakkan membaca blog ini. penulis menyediakannya kerana malas nak beli diari, itu je.

Wednesday, February 24, 2010

24 Feb 2010

5.45 pagi:
ke stesen slim dengan ani. naik train ke kajang, masa nak naik train hujan turun. solat subuh dalam train. sampai di kajang jam 8.15 pagi

8.30 pagi:
naik komuter ke UKM , sebelumnya jumpa azhan baru sampai dengan keretapi. dari stesen ukm naik kereta sewa ke KIAM RM7.00, (kalau ikut meter baru 5.00 rasanya). ambil motor ke kedai nasi blauk bungkus dan air teh tarik. beli mineral water satu, balik...makan kat KIAM.

10.45 pagi:
bersiap-siap untuk ke FPI kelas dr ismail. kelas hari ni tentang perbezaan pensejarahan madinah dan iraq.

12.45 tengahari:
jumpa dr nuruddin ambil makalah untuk photocopy, kemudian jumpa ustaz othman talib bincang pasal proposal.

1.15 tengahari:
singgah di kedai photostat, lepas tu makan dengan arasz kat kedai masakan baling. lepas tu terus balik KIAM, buka laptop sekejap lepas tu tidor.

7.20 malam:
ke surau annur, ada kuliah ustaz nasruddin tantawi tentang gerak kerja dalam gerakan islam, jihad dan sabar (ulasan tentang tafsir surah al-imran ayat 142 - 148)

No comments:

Post a Comment