Ruangan ini adalah sekadar catatan harian penulis. lebih tepat lagi...ianya adalah diari penulis, anda tidak digalakkan membaca blog ini. penulis menyediakannya kerana malas nak beli diari, itu je.

Wednesday, February 24, 2010

15 Feb 2010

9.30 pagi:
bersiap-siap satu keluarga untuk ke Melaka, cuti-cuti Malaysia. isi minyak dekat Petronas Slim RM50.00, melalui tol jalan duta, masuk sg besi, terus ke nilai, singgah di Petronas dekat Highway Seremban. isi minyak pulak RM50.00

1.00 tengahari:
Singgah di Pantai Port Dickson, Teluk Kemang. lepas tu singgah dekat eagle ranch resort di Teluk Kemang. lepas tu ke Melaka melalui jalan lama. ikut rembau, alor gajah, tersesat ke Kota Negeri Sembilan.

4.00 petang:
sampai di Melaka dan singgah pulak di Tanjong Bidara. anak-anak mandi. sembahyang jamak zuhur dan asar, habis tu terus pula ke Bandaraya Melaka. pusing-pusing kota melaka.

7.25 malam:
balik melalui tol air keruh.

8.45 malam:
sampai di Bangi, dalam perjalanan memang jem teruk dari seremban ke Bangi. singgah pekena satay kajang samuri di Bangi seksyen 1.

10.00 malam:
bertolak balik ke Slim River, singgah isu petrol di Petronas bangi RM50.00, balik. very3 mengantuk, singgah di R&R Rawang. rehat sekejap lepas tu bergerak pulak. tak tahan ngantuk, rasa macam dah tertidur pun masa drive tadi...then singgah pulak di R&R Behrang. lepas tu bergerak keluar melalui tol slim river.

No comments:

Post a Comment