Ruangan ini adalah sekadar catatan harian penulis. lebih tepat lagi...ianya adalah diari penulis, anda tidak digalakkan membaca blog ini. penulis menyediakannya kerana malas nak beli diari, itu je.

Wednesday, July 28, 2010

28 Jul 2010

malam:
solat kat pusat Islam, lepas sembahyang terus ke rumah andy di Proton city ada majlis solat hajat dan baca yasin sempena naik rumah baru.

27 Jul 2010

lepak kat rumah je seharian. ptg ke kandang.

26 Jul 2010

petang:
ke kebun, jumpa amin kat sana.
singgah solat di masjid kg.Kelan.

malam:
telefon khalil tanya tentang netbook, dia kata dah siap dan janji jumpa dekat CC Poli. lepas solat isyak dalam pukul 10.20 malam keluar CC. ambil duit di ATM PSAS RM500.00, masuk CC bawak laptop dan PC sekali untuk repair. repair netbook habis RM300.00

12.30 malam:
balik, singgah kat kedai makan sebelah rumah pakcik raja. minum dan makan maggi sup RM23.00.

2.30 pagi:
baru balik

Sunday, July 25, 2010

anak siapa ni? jangan lakukan begini

25 jul 2010

pagi keluar ke Pasar Pagi di Slim River, beli macam biasa, ayam, ikan, sayur, buah-buah dan sebagainya.
balik dari pasar, hantar abe ke sekolah tuisyen.
lepas solat zuhur, bersiap untuk ke Politeknik ada kuliah akidah di dewan Jabatan Mekanikal.
Netbook baru rosak (screen) kena ketuk kat adik syairozi telefon khalil kebetulan dia ada kat CC. hantar netbook ke CC dan transfer dokumen ke dalam pendrive.
2.30 ptg:
mula kuliah tentang sejarah bermula aliran pemikiran akidah (punca, faktor dan cabarannya pada masa kini)

petang: hujan.

24 jul 2010

petang:
ke Kandang, jumpa Lan, Pak Ali belum sampai. telefon Pak Ali dia kata ada kat Klant Hall. lepas 10 minit dia sampai. berbual2 sampai 7.30 malam.

7.35 malam:
singgah solat di masjid Klant Hall.

8.00 malam:
singgah di warung satay, beli satay RM50.00

23 jul 2010

solat jumaat di Masjid Slim River,
2.30 ptg:
selepas solat bertolak ke Gombak bersama satu keluarga, isi minyak exora di Slim River RM50.00. melalui batang Kali dan keluar Batu Caves. daftar anak, nursyamimi di Darul Ruqayah untuk rawatan "sawan" tetapi orang terlalu ramai, sehingga jam 9.00 malam baru dapat berubat. tangguhkan untuk minggu depan.

4.15 ptg:
setelah itu singgah di Giant Batu Caves, beli barang2 dan pakaian anak2 RM100.00.

6.30 ptg:
singgah solat asar di Masjid Batang Kali

7.40 malam:
singgah solat maghrib dan Isyak di Masjid Tanjong Malim, berhenti di kedai Yang Yang dalam Pekan, ani beli kain kemudian singgah di TF Value Mart beli Pampers dan barang-barang.

9.15 malam:
balik ke rumah di Slim River.

22 Jul 2010

malam, ada kuliah bulanan dari Dr Zulkiflee Al-Bakri di Masjid Slim River. syarah haikam. tentang ilmu, amal dan harta sebenarnya telah di tetapkan oleh Allah swt. kita mampu berusaha tetapi kadang kita tak mampu untuk menyaingi anugerah yang Allah bagi pada orang lain. walaupun kita berusaha sama dengan orang itu. sebagai contoh, seorang guru belajar selama 5 tahun dengan belajar sehari 2 jam dan pandai dalam sesuatu ilmu, maka kita cuba untuk menyaingi guru itu dengan belajar 5 jam dan kita singkatkan masa itu, belum tentu kita akan dapat sama dengan guru itu. begitu juga dengan amalan.
rezeki kepada setiap manusia memang telah ditentukan oleh Allah tetapi manusia berllumba2 mengejar rezeki. tetapi ibadat Allah perintahkan kita kena buat tetapi ibadah jarang kita lakukan.
menurut Dr Zulkifle, antara perkara yang menyebabkan boleh bertambah rezeki adalah:
1. dengan menghubungkan silatur rahim
2. membaca surah al-waqi'ah setiap malam
3. sentiasa beristighfar dan bertaubat
4. membaca surah al-falaq, bersedekah, bertakwa, melakukan ibadat, memperbanyakkan solat malam dan munajat kepada Allah

Wednesday, July 21, 2010

21 Jul 2010

ke Ipoh, bawa Syamimi ke Hospital, masa balik singgah di nagoya green town. kemudian pergi ke giant tambun.









malam:
kuliah maghrib di Pusat Islam tentang menyebarkan salam. dan cerita berkenaan Ammar bin Yasir dan ibunya sumaiyah. juga penerangan berkenaan yakjuj dan makjuj.

balik, singgah di Aloha, minum dengan yaakob

20 Jul 2010

1.05 Tengahari:
keluar ke Putrajaya, singgah di Petronas slim, isi minyak RM50.00. masuk tol Behrang terus ke Jalan Duta, sampai di Tol Kajang dalam jam 2.05 ptg.

tunggu Aras di sana, jam 2.40 ptg baru Arasz sampai. terus ke Putrajaya presint 2 bangunan PJH hantar borang sambung biasiswa. jumpa cik Haleda dan cik ayu.

asam boi kasturi RM5.00



siggah minum di seksyen 18, lamp chop. air RM5.00 segelas, Lamp chop RM12.00 sepinggan.

19 Julai 2010

5.45 ptg:
ke kebun Pak Ali.

18 Jul 2010

pagi:
ke Pekan sehari beli buah dan ke Family Mart beli syampu, jumpa hasni yaakob.

10.00 pagi:
hantar abe ke tuisyen.

11.30 pagi:
ambil abe

12.30 tghari:
hantar wi ke tuisyen

2.00 ptg:
ambil wi

ptg:
jalan2 ngan budak2 ke Fasa 1 slim river.

Friday, July 16, 2010

17 Jul 2010

pagi: keluar ke pekan slim, beli roti canai di kurnia, kemudian ke pasar slim beli ikan sardin, tongkol, keli dan kerisi. santan sayur kacang dan ayam.

10.00 pagi:
hantar abe ke sekolah tusyen.

11.30 pagi:
ambik abe, jumpa dengan en.hasian.

6.00 petang:
ke kandang, jumpa pak ali dan lan, petang ini hujan lebat sangat.



7.25 petang:
baru balik dari kandang dalam hujan lebat, singgah solat di masjid Slim dalam keadaan pakaian basah

16 Jul 2010

Kuliah di Jabatan di Elektrik, tafsir Yaasin.
ke JPA, jumpa Amin dan Ija.


15 Jul 2010

Petang:
selepas solat maghrib, ke Family Mart beli minyak masak, roti dan sos cili

14 Jul 2010

Tuesday, July 13, 2010

12 Jul 2010


buah durian 5 biji RM23.00 kat Pekan Slim"





Di Tepi Tasik YDP, Slim River

Sunday, July 11, 2010

11 Jul 2010

x
pagi:
keluar ke Pasar Slim River, beli ayam 2 ekor, ikan sardin, kerisi dan kembong, santan, cabai, daun sup dan lain2.


hantar dan ambik abang dan wi di sekolah tuisyen

10 Jul 2010

lepak kat rumah sahaja.

9 Jul 2010

solat jumaat di Masjid Slim River.


petang keluar jalan2 ke Sg.Behrang, cari durian tak dak. beli di Slim River.

Thursday, July 8, 2010

8 Jul 2010

Tengahari:
keluar ke Kandang Pak Ali untuk Sembelih Lembu Pak Ali buat kenduri. sampai di kandang Pak Ali masih di Tanjong Malim. aku keluar sekejap ke kedai makan tepi jalan menuju ke sg.Behrang. habis makan pergi kandang semula, kemudian Pak Ali sampai dengan kancilnya dan Lan naik loori pelet. lepas turunkan pelet baru "perebah" lembu. sembelih, lan pegang kepala darah bersembur kena muka.

4.02 minit petang:
habis lapah dan siang daging, ambil batang pinang sebelah, tulang rusuk dan spedo.


Tuesday, July 6, 2010

7 Jul 2010

rilex di rumah saja ari ni, merangkak-rangkak buat bab 1. cari bahan-bahan untuk mendefinisikan beberapa kalimah.
Telefon Arasz bincang pasal borang extand semester.
Ku Telefon, tanya tentang jadual kuliah maghrib di Pusat Islam, minggu ke dua malam khamis dan minggu ketiga malam rabu.

tengahari:
hujan kat depan rumah, al-hamdulillah...sejuk.

6 Jul 2010

1.00 tengahari:
bertolak ke Bangi, janji nak jumpa Dr Razaligh. singgah di Petronas Slim isi Minyak RM50.00. masuk tol T.Malim melalui jalan Duta RM9.50. exit Tol Bangi RM2.70.


gambar-gambar sekitar perjalanan dari Tanjong Malim Ke Tol Jalan Duta


2.30 petang:
sampai di Bangi, singgah di rumah sewa faiz tengok motor kat sana. dah berabuk tapi start ok je.

pintu masuk UKM


motor ni dah berbulan2 tinggal kat sini


2.45 petang:
masuk UKM, singgah di Kantin makan mee hoon bakso dan Teh O Ais, RM4.00.

3.00 Petang:
Naik ke tingkat 2 dengan lift jumpa dengan Bekas Timbalan Mufti Perlis, Ust.Yazid. bersembang sekejap lepas tu minta fail biru di PSS. kemudian naik ke tingkat 4 jumpa Dr Razaligh dan buat bimbingan.

4.20 Petang:
selesai bimbingan, keluar bilik Dr Razaligh jumpa Dr Ghafar Don. sempat bertanya khabar sekejap kemudian meneruskan perjalanan untuk balik.

4.30 Petang:
Keluar dari UKM, masuk tol Bangi. singgah solat di R&R Rawang.

pintu keluar UKM



6.45 Petang:
sampai di rumah. bersiap-siap pula untuk ke Masjid Behrang 2020 untuk kuliah maghrib.

7.15 malam:
bertolak ke Masjid Behrang

kuliah bulanan di Masjid Behrang 2020


7.35 malam:
sampai di Masjid, selepas solat maghrib, kuliah maghrib, tajuk "Keindahan Islam Pemberian Ilahi".

9.00 malam:
Selesai kuliah maghrib, kemudian terus melaksanakann solat isyak. habis solat bersembang sekejap dengan yusof dekat parking kereta.