Ruangan ini adalah sekadar catatan harian penulis. lebih tepat lagi...ianya adalah diari penulis, anda tidak digalakkan membaca blog ini. penulis menyediakannya kerana malas nak beli diari, itu je.

Sunday, July 25, 2010

22 Jul 2010

malam, ada kuliah bulanan dari Dr Zulkiflee Al-Bakri di Masjid Slim River. syarah haikam. tentang ilmu, amal dan harta sebenarnya telah di tetapkan oleh Allah swt. kita mampu berusaha tetapi kadang kita tak mampu untuk menyaingi anugerah yang Allah bagi pada orang lain. walaupun kita berusaha sama dengan orang itu. sebagai contoh, seorang guru belajar selama 5 tahun dengan belajar sehari 2 jam dan pandai dalam sesuatu ilmu, maka kita cuba untuk menyaingi guru itu dengan belajar 5 jam dan kita singkatkan masa itu, belum tentu kita akan dapat sama dengan guru itu. begitu juga dengan amalan.
rezeki kepada setiap manusia memang telah ditentukan oleh Allah tetapi manusia berllumba2 mengejar rezeki. tetapi ibadat Allah perintahkan kita kena buat tetapi ibadah jarang kita lakukan.
menurut Dr Zulkifle, antara perkara yang menyebabkan boleh bertambah rezeki adalah:
1. dengan menghubungkan silatur rahim
2. membaca surah al-waqi'ah setiap malam
3. sentiasa beristighfar dan bertaubat
4. membaca surah al-falaq, bersedekah, bertakwa, melakukan ibadat, memperbanyakkan solat malam dan munajat kepada Allah

No comments:

Post a Comment