Ruangan ini adalah sekadar catatan harian penulis. lebih tepat lagi...ianya adalah diari penulis, anda tidak digalakkan membaca blog ini. penulis menyediakannya kerana malas nak beli diari, itu je.

Wednesday, February 3, 2010

3 Feb 2010

5.40 pagi:
ani hantar ke Stesen Train Slim River, train datang lambat hari ni. aku solat subuh dulu di stesen. jam 6.25 baru bertolak dari stesen. sampai di Kajang dah dekat jam 9.00 pagi.

9.00 pagi:
naik komuter ke UKM, singgah di rumah faiz ambil motor. berbual-bual sekejap dengan faiz dan kawan-kawannya.

9.20 pagi:
beli nasik belauk di kedai sup keting. isi minyak dekat shell RM3.00.

10.50 pagi:
ke kelas Dr. Ismail Bakar, konsep pensejarahan Islam. habis kuliah jam 1.45 tghari, ingat nak jumpa Dr Nureldeen tapi beliau takde.

1.55 ptg:
balik dan singgah di kedai makan Azura, makan nasi sayur cendawan dan telur masin + air sirap. habis makan singgah di Shell beli air mineral dan air soya kotak besar.

7.25 malam:
ke Surau an-Nur, malam ni kautsar yang ceramah, kawan masa MPI dulu. pasal bab zina.

No comments:

Post a Comment