Ruangan ini adalah sekadar catatan harian penulis. lebih tepat lagi...ianya adalah diari penulis, anda tidak digalakkan membaca blog ini. penulis menyediakannya kerana malas nak beli diari, itu je.

Saturday, March 27, 2010

27 mac 2010

8.00 pagi:
basuh kereta honda. lepas cuci kereta masuk dapur masak roti.

9.20 pagi:
keluar ke Tanjong Malim untuk menaiki komuter ke UKM dalam rangka ke rumah Arasz Serkam Melaka. kenduri kawin adik perempuan dia.

9.45 pagi:
sampai di Stesen Komuter, parking kereta tepi stesen, beli ticket RM8.90.

9.50 pagi:
komuter bertolak ke Rawang, ramai penumpang kali ini. selalu bila sampai di Rawang ada lagi tempat kosong, tapi hari ni ada yang kena berdiri, tapi nasib baik aku dapat seat. sampai di UKM lebih kurang jam 12.10 tghari.

12.20 tghari:
ust. Shuhaimi sampai bersama anaknya dengan kereta KIA Spectra. bertolak ke Senawang ambil Che Musa di Tol Senawang. kemudian terus ke Melaka, exit Air Keroh ambil jalan ke Serkam. sampai di Serkam lebih kurang 2.15 ptg

2.20 ptg:
makan nasi di rumah Arasz, bertemu dengan Naguib (adik Arasz) dan Suhaili di tempat kenduri.solat zuhur dan asar secara jamak dirumah arasz.

3.30 ptg:
bertolak balik, hantar che Musa dulu di Tol Senawang kemudian terus ke Bangi.

5.10 ptg:
sampai di stesen komuter bangi. aku beli tikcet UKM - T.Malim, dan menunggu ketibaan komuter.

5.25 ptg:
komuter sampai, sampai di Sg.Buloh, komuter tukar. terpaksa turun untuk menaiki komuter ke laluan Rawang. sekali lagi terpaksa menunggu lebih kurang 20 minit, baru komuter sampai dan bergerak menuju Rawang.

7.00 malam:
sampai di Rawang. st Shuhaimi telefon, kata anak kunci kereta tertinggal kat dalam kereta dia. adoiii!!! terpaksa telefon Ani untuk datang ambil kat T,Malim dengan kancil, minta bawak kunci spare honda.

7.20 malam:
baru bertolak dari Rawang. sampai di T.malim lebih kurang 7.50 malam. bateri remote pulak habis, tak leh buka pintu kereta honda. round2 kedai lepas tu ke pekan t.malim singgah di kedai jam tukar bateri remote (RM12.00). al-hamdulillah berjaya. lepas tu terus balik ke Slim River. singgah solat di Masjid Kelan. kemudian singgah beli sate RM15.00

hari ni perjalanan melibatkan 5 buah negeri, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Melaka

No comments:

Post a Comment