Ruangan ini adalah sekadar catatan harian penulis. lebih tepat lagi...ianya adalah diari penulis, anda tidak digalakkan membaca blog ini. penulis menyediakannya kerana malas nak beli diari, itu je.

Wednesday, March 17, 2010

10 mac 2010

7.30 pagi:
bertolak ke Stesen Komuter Tanjong Malim dengan kancil, sampai disana jam 8.00 pagi, beli tiket komuter ke Seremban RM11.50 bertolak jam 8.50 pagi. pusing-pusing pekan Tanjong Malim dulu dan berhenti minum di kedai Abuya.

8.35 pagi:
kestesyen, dan 8.50 pagi bertolak dari stesen komuter T.Malim. tukar tren di Rawang dan terus bergerak ke Seremban. sampai di Bangi mesej Che Musa. lebih kurang 50 minit dari bangi sampai di Seremban. che Musa tunggu.

12.15 tghari:
bergerak pula ke Serkam, Melaka (rumah Arasz) dengan menaiki kereta Iswara Che Musa.

1.30 tghari:
sampai di Serkam. Arasz tunggu, masuk kejap di rumah Arasz kemudian tunggu Kawan Arasz (along) seterusnya ke Kedai Makan, makan nasi berlaukkan ikan masak asam pedas.

2.30 ptg:
bertolak ke Johor Bharu. melalui Felda Pandak Taib (kg Mawi) ke Ulu Tiram. singgah solat di Felda. tanya orang kampung situ arah ke Perkampungan orang asli.

7.10 mlm:
singgah makan di restoren di Ulu Tiram. kemudian bergerak ke Perkampungan orang Asli Pasir Salam. sampai disana lebih kurang jam 8.30 malam.

malam tidur dalam kereta arasz

No comments:

Post a Comment