Ruangan ini adalah sekadar catatan harian penulis. lebih tepat lagi...ianya adalah diari penulis, anda tidak digalakkan membaca blog ini. penulis menyediakannya kerana malas nak beli diari, itu je.

Wednesday, March 31, 2010

1 April 2010

9.30 pagi:
ke kedai nasi belauk seksyen 1, makan nasi lauk ayam goreng dan hati, teh tarik dan ais kosong. RM5.00.

10.00 pagi:
ke FPI, tergerak hati nak ke tingkat bawah, terlihat banner tentang FORUM PERDANA JALSAH ILMIYAH QUR'ANIYAH, Jati Diri Muslim dalam Berdakwah antara Realiti dan Harapan Bilik Senat Canselori,UKM. Masuk kedalam bilik senat bersama Prof Zakaria Idris. ahli panel Dr.Azwira UKM, Dr Roslan UPM dan Ust Wan Sohor Bani Leman UIA, sementara moderator ialah ustaz Fadhlan Jabatan Qur'an Sunnah, UKM.




gambar-gambar sekitar program


11.35 pagi: keluar bilik senat sebab ada kuliah dengan Dr Ghafar Don. beli buku :

Tulisan Dr Azwira Bin Abdul Aziz, RM 5.00


Tulisan Dr.Ahmad Najib Bin Abdullah Al-Qari, RM10.00


11.40 pagi:
masuk kelas BSS2, pembentangan oleh Rusdi dan Helmi tentang Sister In Islam, dan kumpulan Muslimah tentang Gerakan Feminisme.

1.30 tghari:
ambil jadual Exam. kemudian balik ke KIAM, beli air kotak, air mineral dan kacang di Petronas. kemudian beli goreng pisang dan cucur udang RM2.00

No comments:

Post a Comment