Ruangan ini adalah sekadar catatan harian penulis. lebih tepat lagi...ianya adalah diari penulis, anda tidak digalakkan membaca blog ini. penulis menyediakannya kerana malas nak beli diari, itu je.

Wednesday, March 17, 2010

11 mac 2010

5.30 pagi:
aku bawak kereta keluar dari perkampungan orang asli mencari masjid di pekan Ulu Tiram untuk solat dan mandi pagi.

7.00 pagi:
makan pagi di pekan sebelum sampai di Ulu Tiram. ada pasar pagi hari ini. dalam perjalanan balik ambik gambar atas bukit sebelum sampai diperkampungan Pasir Salam.


10.00 pagi:
bersiap-siap untuk memasak nasi kawah, dan masak ayam lemak cili api. sampai jam 1.30 tengahari siap untuk makan semua masyarakat kampung. lepas makan tengahari, solat zuhur dan asar jamak. lepas tu bersiar-siar diperkampungan orang asli dan menziarahi rumah-rumah mereka.

2.30 petang:
pergi jeti di belakang kediaman.


3.30 ptg:
tolong abang dari majlis agama tukar tayar keretanya.

5.00 ptg:
keluar bersama-sama pelajar lelaki lainnya untuk perlawanan persahabatan bola sepak.


lepas perlawanan bola sepak tamat kami ke Masjid untuk solat. (jamak Takdim) lepas solat makan di gerai tempat makan pagi tadi. sup kambing cicah roti. lepas tu balik semula ke perkampungan Pasir Salam.

9.00 malam:
ada tayangan untuk tontonan orang asli. jumpa Dr Ghafar minta kebenaran untuk balik. sebelum balik mengurut dulu dengan rusdi di musholla.

10.30 malam:
keluar dari perkampungan orang asli Pasir Salam, balik.

1.50 pagi:
sampai di rumah Arasz di Serkam. kemudian bertolak dengan Che Musa menuju Seremban. bawak kereta slow2, singgah makan di Seremban lebih kurang jam 3.30 pagi.

4.30 pagi:
Che Musa hantar di Stesen Keretapi Seremban.

5.00 Pagi Che Musa Balik

No comments:

Post a Comment