Ruangan ini adalah sekadar catatan harian penulis. lebih tepat lagi...ianya adalah diari penulis, anda tidak digalakkan membaca blog ini. penulis menyediakannya kerana malas nak beli diari, itu je.

Sunday, December 27, 2009

28 dis 2009

9.00 pagi:
bersiap-siap pakaian dan juga motor untuk dimuat dalam kereta. isi minyak yang dah ada dalam motor kedalam botol supaya tak tumpah. lepas tu angkat motor dengan ani dan bibit masukkan dalam kereta, habis tercalar kereta. sayangnyaaaa kereta baru aku.

10.00 pagi:
aku bersiap-siap untuk bertolak ke Bangi. lebih kurang 10.30 jugakla baru boleh bertolak. isi minyak kat pam petronas slim river RM50.00. macam biasa bertolak melalui tol Behrang. dalam perjalanan al-hamdulillah takde apa-apa yang menghalangi. sampai di KIAM lebih kurang hampir jam 12.00. call ustaz Badrul mintak tolong turunkan motor, pergi kerumah seri untuk turunkan motor disana. gear motor patah, and then gi beli gear baru kat shell dgn ust bad.

1.00 tengahari:
bersiap-siap untuk ke UKM, sebelumnya singgah rumah pak teh ambik motor, pak teh tukar gear dan aku makan nasi kat rumahnya yang telah disediakan oleh ani pagi tadi. selesai makan, sembahyang zuhur dan terus ke FPI.

2.00 ptg:
sampai di fakulti jumpa sahabat ustaz azmal dari Medan, kemudian jumpa che musa. kami memang satu kelas, jadi sama-samalah masuk kelas, tingkat 5. sebelum tu arasz telefon...katanya Dr.Nureeldeen telefon kata kelas lewat sikit, lebih kurang 2.30 ptg. masuk kelas bertakruf dengan pelajar-pelajar sekelas. keluar kelas jumpa arasz dan kemudian dr.Nureeldeen sampai. belajar tentang manhaj dakwah fil qur'an, lepas tu bagi kumpulan, aku dengan che Musa ambik tajuk Khutbah wal khitabah untuk tugasan kumpulan dan manhaj dakwah nabi Musa untuk assighment sendiri.

4.45 ptg:
habis kelas, cari kunci motor tak jumpa...teringat masa sangkut helmet tadi buka kusyen, rasanya kunci tinggal kat motor. tergesa-gesa turun cari kat motor dah takde. ada nota ambil kunci motor anda di kaunter FPI fuhhh...nasib baik. pegi mintak di kaunter.

5.15 ptg:
call Arasz, ajak minum kat rumah pakteh. pekena higoat dan roti suri, masa minum jumpa Prof.Madya Dr Syamsul Adabi, ajak beliau minum sekali dan borak-borak sampai jam 6.20 ptg. lepas tu balik ke KIAM.

No comments:

Post a Comment