Ruangan ini adalah sekadar catatan harian penulis. lebih tepat lagi...ianya adalah diari penulis, anda tidak digalakkan membaca blog ini. penulis menyediakannya kerana malas nak beli diari, itu je.

Monday, December 28, 2009

29 dis 2009

5.30 pagi:
panas sangat malam ni, berpeluh-peluh seluruh badan. bangun tidur terus mandi, selesai mandi kedengaran azan subuh, bersiap-siap untuk solat subuh. turun start motor tiba-tiba terbau minyak. tengok kat bawah, basah je bekas minyak tumpah. rupanya getah penyambung minyak ke kaburator pecah, keluar minyak. minyak yang aku isi semalam sampai penuh dah tinggal sikit. ahhh...tengok la nanti tukar paip getah tu. start motor terus ke surau an-Nur lepas solat ada bacaan fadhail a'mal, dengar kejap kemudian balik.

6.30 pagi:
melayari internet, baca blog-blog politik tentang isu-isu politik semasa. lepas tu tulis sikit tentang terkenang semasa dulu dalam blog akulah aku, lepas tu tidur. bangun jam 9.30 pagi

10.00 pagi:
buka internet balik, buka facebook. chatting dengan adnan hussin. sambil baca email-email dari rakan-rakan.

11.30 pagi:
keluar ke seksyen 1, tukar minyak hitam motor dan repair getah minyak yang bocor, habis RM20.00.

12.00 tengahari:
makan dekat warung seksyen 1. lauk gulai telur, sayur bayam dan hati goreng. selesai makan terus kerumah pakteh (yusri) ambik jam yang tertinggal masa datang minggu lepas.

1.30 tengahari:
balik semula ke KIAM, buat aktiviti yang sama, baca blog-blog di internet.

2.30 ptg:
tidur - sampai jam 5.25 petang, kebetulan hujan renyai-renyai tu yang jadi terlajak tidur tu.

masuk maghrib - turun berjemaah kat surau 206, aku jadi imam.

7.30 malam:
ke pasar malam berjalan kaki dengan u.badrul dan Azhan. beli nasi kerabu, putu bambu dan kunci motor.

8.20 malam:
solat isyak berjamaah.

No comments:

Post a Comment