Ruangan ini adalah sekadar catatan harian penulis. lebih tepat lagi...ianya adalah diari penulis, anda tidak digalakkan membaca blog ini. penulis menyediakannya kerana malas nak beli diari, itu je.

Wednesday, December 30, 2009

31 dis 2009

10.20 pagi:
bersiap-siap untuk ke FPI, masukkan semua pakain kotor untuk di bawa balik kerumah. besok cuti tahun baru. singgah rumah seri masukkan barang-barang dalam kereta. seri repair motor honda shadow dia. aku bertolak ke FPI dan masuk kelas Dr Ghafar Don di BSS2. dapat assighment group dengan wan riduan dan faiz, tajuk tentang hedonisme.

PE6043- DAKWAH & IDEOLOGI MODEN

Pensyarah: PM Dr.Abdul Ghafar Don

1. Format Pengendalian Kursus

Kuliah dan pembentangan.

Bagi tujuan pembentangan para siswazah bolehlah membuat kertas kerja dengan memberi fokus perbincangan kepada apa-apa isu/tema yang sesuai dengan subjek/kursus seperti:

• Liberalism,
• Kapitalisme,
• Feminisme,
• Komunisme,
• Orientalisme,
• Oksidentalisme,
• Hedonism,
• Materialism,
• Terorisme,
• Pragmatism,
• Demokrasi,
• imperialisme dan,
• lain-lain isu-isu yang berkaitan.

Bagi isu-isu yang dibincangkan, respon Islam atau dakwah terhadap setiap ideology perlu juga dibincang dan dianalisis.


2. Format Pemarkahan

Peruntukan markah yang diberikan ialah 100% (45% peperiksaan akhir, 55% pembentangan + partisipasi dalam kelas & kehadiran)


1.15 tengahari:
habis kelas awal hari ni, aku terus balik kerumah seri ambik kereta dan tinggal motor dirumah seri, kunci tinggal kat seri. perjalanan sekitar sg besi agak slow, kereta banyak sehingga ke jalan duta.

2.00 ptg:
singgah di Yat fong beli susu anak dan gula. sampai dirumah lebih kurang 2.20
SELAMAT TAHUN BARU 2010
hari terakhir untuk tahun 2009, selamat jalan 2009. kenangan bersamamu tetap menjadi kenangan terindah yang tak dapat dilupakan.
kenangan terindah spanjang 2009:
1. mendapat tawaran mengikuti kuliah sarjana Hadiah Latihan Persekutuan HLP 2009.
2. kursus QA di PTSS Perlis selama sebulan lebih, kenangan bersama-sama En.Shaiful, Pn Rosnita, Pn Fatimah Fatma, dan Pn Rushidah. berulang alik ke PTSS setiap minggu sekali.
3. Bersama skuad al-Falah di Dusun Eko Resort.
4. Latihan Dakwah di Felda Tersang, Raub. dapat keluarga angkat kak zan, Tersang 3.
5. Abe dan Wi berkhatan
6. beli kereta Exora (BKM 6648)
7. dapat markah ezam 3.83 dalam ujian akhir sem 1. semua A kecuali komunikasi Islam B+ Dr Zulkifle.
8. Perkahwinan adik ipar (keri) dan shila naik rumah baru.


kenangan yang menyedihkan
1. terpaksa berpindah rumah dari quaters ke rumah sewa bandar baru slim river
2. BFS 131 rosak di Hutan Grik, nasib baik ada orang mnolong (Along) dari Kuala Krai Pahi, kerja di Langkawi
3. bulan puasa terpaksa berbuka dan sahur sendirian, (menginap di Kolej Idris Al-Marbawi)
ada lagi la perkara yang menyedihkan ni. malas nak layan la yang sedih-sedih ni.

No comments:

Post a Comment