Ruangan ini adalah sekadar catatan harian penulis. lebih tepat lagi...ianya adalah diari penulis, anda tidak digalakkan membaca blog ini. penulis menyediakannya kerana malas nak beli diari, itu je.

Tuesday, December 29, 2009

30 dis 2009


10.15 pagi:
bersiap-siap untuk ke FPI, hari ni ada subjek Metodologi Pengkajian Sejarah dan Tamadun Islam, Prof.Madya.Dr Ismail Bakar. naik motor singgah dulu kat rumah seri ambik kupiah dalam Exora. lepas tu terus ke fakulti, jumpa datuk syamsul najmi bersembang kejap. kemudian naik ketingkat 5, bilik BSS 3.

11.35 pagi:
Dr.Ismail masuk, hari ni mengajar berkenaan pengenalan metodologi Pengkajian sejarah. antaranya tentang bagaimana pengambilan fakta sejarah oleh setiap sejarawan itu sebenarnya banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti tempat, suasana semasa penulisan dan juga budaya. dalam pengkajian sejarah ketamadunan Islam tempat yang dimaksudkan adalah meliputi Madinah dan juga Iraq. sementara suasana semasa penulisan pula dapat dilihat sebagai contoh, kemiskinan, suasana peperangan, kemodenan dsb mempengaruhi penulisan sejarah oleh setiap sejarawan, ini dapat dilihat banyak perbezaan yang di dapati dari penulisan Ibn Khaldun dengan sejarawan lain. ini kerana Ibn Khaldun di besarkan dalam suasana Barat (Spain). begitu pula dengan pengaruh budaya, doktor memberi contoh: di India sewaktu solat jum'at ataupun solat berjamaah, makmum membawa masuk kasut kedalam dewan sembahyang dan diletakkan dihadapan. ini sangat berbeza dengan suasana di Malaysia. dan sekiranya kasut di letakkan diluar masjid dan kemudian di dapati hilang, pencuri tidak disalahkan, yang salah adalah empunya kasut kerana mereka cuai. keadaan ini amat berbeza dengan negara Malaysia.
Pengkajian Sejarah juga harus menggunakan kaedah 5 W, (What, When, Why, Where dan Who)
Objektif
pelajar dapat memahami perkara-perkara berikut:
a. takrif sejarah dan pensejarahan serta urutan perkembangan ilmu historiografi Islam
b. permasalahan yang dihadapi oleh sejarawan dalam menyusun ilmu historiografi tersebut.
c. sejarah pertumbuhan dan perkembangan ilmu falsafah sejarah serta hubungannya dengan sejarah.
d. perkembangan teori dan konsep ilmu falsafah sejarah Islam dan kesannya terhadap penulisan sejarah Islam
e. mengenali tokoh-tokoh sejarah dan pensejarahan dan juga tokoh falsafah sejarah Islam.

Tajuk-tajuk kuliah
1. pengenalan kursus/kerja kursus/sistem pemarkahan
2. muqaddimah ilmu sejarah dan pensejarahan
3. konsep sejarah dan pensejarahan Islam
4. Methodologi sejarah & pensejarahan aliran Madinah
5. methodologi sejarah & pensejarahan aliran Iraq
6. perbandingan methodologi antara sejarawan Madinah dan Iraq
7. sejarawan Islam awal hingga abad ke-10 Hijrah
8. perkembangan dan konsep ilmu falsafah sejarah Islam
9. falsafah sejarah menurut al-Farabi
10. falsafah sejarah menurut Ibn Khaldun
11. dimensi falsafah sejarah Islam
12. pola kontroversi dalam falsafah sejarah Islam
13. rumusan terhadap keseluruhan kursus yang dipelajari

habis kuliah terus balik, singgah dekat kereta ambik air mineral dalam kereta, kemudian terus ke syeksen 1 untuk makan tengahari, Arasz call dan ajak dia datang makan. dah habis makan datang Yusof dan faqih, ajak makan sekali. borak-borak sampai 2.30 ptg, minta izin untuk balik.

7.15 malam:
ke Surau An-Nur, Seksyen 2 untuk solat maghrib. ada kuliah maghrib di sampaikan oleh Us.Fauzi Sahar tentang Kelebihan Ilmu Yang Bermanfaat kitab bidayatus salikin lepas solat isyak, singgah makan nasi goreng dekat gerai Tom Yam.

No comments:

Post a Comment